Nuffnang Ads

Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

I LOVE YOU TOO!!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Alahai anak-anak, di waktu kecil kita sibuk melayan kehendak fizikal anak2 yang mahu itu dan ini. Tika usia makin beranjak ke alam persekolahan pula, kehendak emosi pula perlu di penuhi...itulah lumrah..Nah! tengok apa yang insyirah tulis kepada ibu untuk luahan rasa...


surat 1

tulisan di sampul

surat 2
Sambil menangis Surat 2 diserahkan dan dia berlari masuk ke bilik....aku buka  dan baca...terkedu....The last sentence really made my tears down...."ibulah orang yang syirah paling sayang di dalam dunia"..daripada sedang menggosok baju aku terus masuk kebilik dan peluk syirah kuat2..dan dia mmg sudah bersedia menunggu. Aku bisikkan ke telinganya..."ibu sayang sangat syirah..selalu tolong ibu dan ayah dan jaga adik2...air mata jatuh berjuraian..

Jauh di sudut hati, aku rasa sangat2 bersyukur kerana Allah masih hadirkan rasa "percaya kepada ibu" dalam diri insyirah walapun kadangkala berkali2 dimarahi. Semoga Allah kekalkan rasa kasih dan sayang ini hingga ke akhir hayat sayang. DAri kecil hingga kini...Allah sentiasa jadikan insyirah sebagai laluan tarbiyah kepada ibu....menyentap ego supaya ke tepi! I LOVE YOU TOO INSYIRAH! HUG

Thursday, September 19, 2013

Selamat harilahir yang ke 1 tahun

Happy birthday ZAHIRAH sayang♥ 1st year
Setahun sudah berlalu,cepatnya masa berputar...maka cepatlah juga ibu dan ayah bertambah usia..dan yang pasti ibu sedang menikmati hidup ini ...gembira  dan kadangkala duka dgn anak-anak ibu semua....MAAFKAN ibu kerana masih banyak kekurangan dalam mendidik dan Ibu masih belajar....
Ibu berdoa pada Allah...
Semoga Allah mengurniakan umur yang penuh dgn manfaat buat birthday girl ini, dijadikan hamba yang penuh dgn keimanan terhadap pencipta dan menjadi anak yang akan membawa kami ke syurga...
Love u sayang
♡♡♡♡♡♡

Tuesday, August 23, 2011

What a Wonderful Ramadan....

Alhamdulillah....ucapan yang keluar dari mulut tatkala memikirkan nikmat yang Allah telah berikan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini... 

Perubahan

Jika ada orang bertanya...'apakah perubahan yang anda rasai setelah melalui 23 ramadan?'(saat ditulis:23 ramadan)
Rasanya..bolehkah kita memberikan jawapanya? hmm...frankly saying..if it was last years and the previous years..i would say...nothing changed! so pathetic!!
Kasihan kan saya...terlepas pahala yang sangat2 extravagant yang Allah easily bagi kat kita kalau kita beramal....baru lah sekarang terasa rugi yang teramat... 

Jika melihat secara keseluruhanya...semua orang tahu bahawa Ramadan adalah bulan berkat. Buatlah sekadar solat sunat rawatib dimana2 solat fardhu(sebab bukan setiap waktu kita lapang kan?),masyallah pahala sangat lah berganda...

Well...semua orang pun tahu...bahawasanya ramadan adalah bulan yang lebih baik dari seribu bulan so kalau di hitung2 pahalanya pun mesti lebih beribu2kan? Itupun jika di kira berdasarkan teori...but Still...ramai orang yang tak nak GRAB peluang ni..nape yer?

Agaknya...kalau pahala yang secara lahiriahnya kita tak nampak itu Allah tukar ia menjadi sesuatu yang boleh di quantified..contohnya menjadi duit,pasti kita takkan terlepas even single solat wajib pun termasuklah yang sunat2...cuba kita bayangkan kalu satu rakaat solat kita akan diberi ganjaran RM 1000!! memberi sedekah..RM 2ooo, menjaga aurat..RM 3000....yeehaaaa!!!bestnyer!!!

Sesungguhnya...ALLAH tu maha adil..bukan itu yang menjadi ukuran, pahala itu akan kita rasai dengan pelbagai cara..bukan hanya dengan wang ringgit tapi lebih dari itu!

Jika orang yang hatinya dekat dengan DUNIA..duit dan harta pasti menjadi paksi pertimbangan nya dalam setiap perkara untuk dirinya...TETAPI...orang yang hatinya dekat dengan Allah akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk membuat pelaburan akhirat...bukan bermakna tidak mengejar duit..tapi duit itu dikejar untuk mendapatkan manfaat akhiratnya iaitu untuk INFAK iaitu menafkahkan kepada saudara seislam yang lebih memerlukan. Itulah yang dikatakan pelaburan akhirat! dalam erti kata lain...nak mendapatkan perhatian dari ALLAH!

Then...apabila kita ditakdirkan berjaya mendapatkan perhatian dari Allah, pasti Allah limpahkan rahmatnya yang tak terkira pada kita dalam pelbagai cara kan? logik tak? setiap kebaikan akan dibalas dengan 10 kali kebaikan dan itu adalah janji Allah SWT...dan apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha, berserah dan YAKIN...That's all!!

That's true ..."easy said than done". Hakikatnya, DUNIA bukanlah SYURGA....dalam usaha kita untuk terus istiqamah pasti ranjau berduri terpaksa kita tempuh, samada akan membuat kita terus lalai dan leka dengan nikmat dunia ataupun berjaya mengekalkan tahap sedar kita untuk mengejar akhirat yang kadangkala turun dan naik... 

Sekadar ingin berkongsi rasa bersyukur, bulan ramadan telah mencoretkan peristiwa yang sangat2 berharga buat empunya diri, dan yang paling diingati adalah penilaian VIVA untuk pengajian peringkat sarjana yang ditakdirkan berlaku di bulan ramadan 2008, membayangkan kesukaran yang diwar2kan untuk lulus sangat gerun rasanya..tetapi berkat ramadan itu sangat dirasai, apa yang dibayangkan sama sekali berbeza dengan apa yang diwar2kan...penilaian berjalan dengan mudah..alhamdulillah... dengan perut yang kosong otak menjadi lebih tangkas berfikir dan setiap soalan yang dilontarkan boleh dijawab walaupun ada antara isinya yang kurang tepat...dan penilai2 terdiri dari pensyarah2 yang sangat2 membantu..segalanya berjalan dengan lancar!alhamdullillah....

So, apa pula yang dirasai untuk ramadan kali ini?
Jawapan saya....BANYAK!

Dari segi rohani- semacam ada rasa teruja untuk menambahbaik solat fardhu dan segala jenis solat sunat serta membaca terjemahan al-quran(telah berjaya beberapa kali solat sunat malam walaupun keesokanya agak mengantuk! berazam untuk teruskan dimalam 10 terakhir)

Dari segi fizikal- badan terasa lebih ringan dan lebih energetik, tidak selalu migrain dan badan lebih sihat!

Dari segi materialistik- Allah telah membuka lorong untuk menambah sebuah kereta lagi tanpa perlu berhutang dengan bank, dengan power dan ruang kereta  yang lebih besar untuk kemudahan perjalanan jauh...ALhamdulillah 

Dari segi pelajaran- kegembiraan yang paling latest pada 9 ogos 2011 adalah, saya ditawarkan biasiswa MyPhD dengan elaun bulanan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya selama 3 tahun!! Allah telah  makbulkan doa saya! kegembiraan berganda.. (nekad untuk lebih mengumpul pahala)..Juga kepada hubby..diharap permohonan untuk menyambung pengajian akan diluluskan dan marilah kita sama2 mengutip secebis ilmu Allah SWT.

Dari segi kekeluargaan dan anak2- lebih ceria dan bertenaga dengan anak2 yang semakin cerdik memahami keadaan....tidak menggangu ayah dan ibu berjemaah...dan terbaru, zaharuddin sudah boleh membaca surah Al-fatihah...sejuk hati ibu ayah mendengar. Semoga menjadi orang2 yang soleh anak-anakku.


P/s: Mari sama2 kita meng"imarahkan" 10 ramadan terakhir ini, semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmatnya kepada orang2 yand sentiasa bersyukur!





Wednesday, June 1, 2011

Ibu sayang kamu Zainatul Insyirah

google image
Seusai solat berjemaah bersama suami dan anak2, kami berzikir..memanjatkan rasa syukur pada Allah s.w.t..allahuakhbar..allahhuakhbar...subhanallah..subhanallah..alhamdullilah..alhamdullillah...!!

Sepanjang zikrullah dilafazkan,ku lihat anak2 kecilku berusaha bersama2 untuk turut serta berzikir..masyaallah..tatkala itu...satu perasaan syahdu mula menyelinap menelusuri hati dan emosi..tersentuh! Ku renung insyirah, fikiranku mula mengimbas kembali detik2 insyirah dilahirkan 4 tahun lepas. Bagaimana perasaan gembira dan sedih bercampur aduk..ada waktu gembira,tertekan,marah,kecewa dan pelbagai perasaan yang tidak dapat diluahkan.. 

Dua tahun pertama perkahwinan merupakan tahun penuh cabaran buat diri ini. Disahkan mengandung selepas sebulan bernikah mengundang rasa gembira teramat dan mula menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu keibubapaan. Sangat teruja apabila bayi dilahirkan..juga perasaan yang tidak dapat digambarkan sejurus baby dilahirkan..hilang segala kesakitan...

Masa berlalu dengan pantas,hari berganti hari, 2 tahun perkahwinan yang penuh dengan pergolakan emosi...menjadi pemarah dan perengus..insyirah selalu dimarahi..pantang silap pasti akan keluar jeritan dari mulutku...Ya Allah...

Hingga ke hari ini...aku masih ingat bagaimana insyirah yang berumur 2 tahun ketika itu cuba mengelak2 apabila hendak dipukul..atas sebab yang kecil...pernah juga aku  meluahkan rasa kesal yang tidak terhingga kepada suami kerana menyebabkan tangan insyirah melecur...tanpa kusedari seterika yang ketika itu suam2 kuku sengaja kuletakkan ke tangan insyirah dengan harapan dia tidak lagi bermain seterika...tetapi struktur kulit orang dewasa tidaklah sama dengan kulit seorang budak kecil! Terus menggelembung kulit insyirah dan dia menangis! aku kalut..terkejar2 mengambil minyak gamat, lantas ku sapukan ke tempat melecur itu dengan perasaan sayu...naluri keibuanku kembali semula..kepeluk insyirah dan ku katakan padanya " ibu minta maaf yer?" dia mengangguk.

Subhanallah....bertapa teruknya aku kerana tidak berjaya menahan marah...sudah mencuba berkali2 tapi masih gagal...gagal menjadi seorang ibu dan seorang isteri yang baik...aku cuba mengenalpasti masalahku...

Apabila diselidiki,marah itu selalu terjadi apabila aku lapar dan letih..dan masalah yang utama adalah aku mudah berasa lapar...dan sentiasa berasa pedih perut(juga gastrik)....pengambilan kafein secara fakta dilihat menjadi faktornya dimana ia akan meningkatkan tahap metabolisme badan dan membuatkan seseorang merasa energetik atau bertenaga dan kesan daripada itu adalah LAPAR!

Jadi setelah mengenalpasti masalah...aku cuba mengurangkan dan hasilnya sekarang aku tidak lagi mengambil minuman yang berkafein tinggi seperti kopi...dan ALHAMDULLILLAH! aku mulai stabil dari segi emosi...insyirah juga sudah tidak lagi menunjukkan tantrumnya seperti dahulu..bilamana ia akan menengking aku semula jika aku menegurnya...."what we give,we get back" jadi aku cuba mengubah diri........

Dan tahun ini merupakan tahun kelima perkahwinan kami. Dikurniakan sepasang cahaya mata..sungguh menggembirakan...ALLAH s.w.t telah banyak membuka lorong dan rezeki yang tidak disangka2. Kadangkala lidah menjadi kelu untuk mengucapkan ALHAMDULLILAH!

Insyirah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ku selepas solat berakhir....tanpa ku sedari aku menangis apabila memikirkan bahawa ALLAH s.w.t telah mengurniakan aku kehidupan yang HEBAT! bersama2 suami dan anak2 yang hebat!! Insyirah lantas bertanya "nape ibu nangis?' aku menekup muka....suami juga melontarkan soalan yang sama..sambil mengesat air mata..Jawapan ku.." tak sangka anak kita dah besar,boleh solat ramai2". Kesusahan membesarkan anak2 hanyalah sementara.... di awal peringkat usia kanak2  adalah tahun yang paling kritikal membentuk perkembangan minda dan emosinya...maka hadapilah ia dengan penuh kesabaran.Didiklah Anak2 mencintai ALLAH s.w.t...Insyallah kita sebagai ibu bapa juga akan dicintainya...insyirah masih menunggu aku untuk bersalaman..ku sambut salamnya itu...ku cium pipi dan dahinya..lalu insyirah tersengih...itulah perkara yang dia sangat suka sejurus selepas bersolat bersama...

Buat suamiku..selamat ulangtahun perkahwinan ke 5 pada 20 May yang lepas..semoga kita mampu mengekalkan rumah tangga yang dibina ini untuk mendapatkan redha ALLAH s.w.t dalam usaha mencapai kebahagiaan di akhirat kelak



Pesanan buat diri: Ingatlah pengorbanan ibubapa..begitu payah mendidik anak2 seperti mana mereka berpayahan mendidik kita maka kita ingatilah mereka dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat seusai solat. Terasa masih sangat rindu dengan mak! walaupun berjumpa setiap minggu!

Tuesday, January 25, 2011

Percutian Yang Hebat!!


Alhamdulillah...Allah telah memberikan peluang buat kita untuk bercuti bersama2 ke Terengganu baru2 ini. Walaupun tujuan asalnya adalah untuk menemankan Mr Zul bekerja dan pelbagai kekangan lain yang tidak dapat dielakkan yang memaksa Mr Zul untuk berkenderaan sendiri menyebabkan kita secara tak lansung diberikan peluang untuk bersama, alhamdulillah sekali lagi... Insyirah dan zahar begitu teruja dengan tempat dan permandangan berbeza dan ini merupakan pengalaman pertama buat mereka..dek terkesan dengan percutian yang menyeronokkan mereka sentiasa bercerita sambil mengingati semula perkara yang telah mereka lakukan disana....walau apa pun keseluruhannya.. percutian ini memang hebat!!thanks Mr Zul for this awesome holiday!!! hope to have one more trip somewhere sooner!





panas!!

mencari anak ketam


bercerita tentang apa yang ada di dalam laut

mengambil koleksi cengkerang bersama insyirah

mengambil kedudukan sebelum gambar diambil oleh INSYIRAH

honeymoon!  photo was taken by my girl *_*insyirah

besar dah anak2 ibu

shoot by zaharuddin lak..ok lah

pemandangan dari bilik hotel (sunset)

zahar  melihat keadaan lalulintas


dari pandangan luar Felda Residence Hotel

very nice and comfortable room


get ready for the boat

handsome tak zahar?hehe


Thursday, May 6, 2010

Berpisah susu

Sudah hampir 2 minggu INSYIRAH tidak menyusu badan lagi...umur dah 3 tahun 2 bulan...tempoh yang boleh dikatakan panjang untuk menyusukan seorang anak. Kesian dia terpaksa tidur hanya dengan susu botol...sambil tanganyer memegang tangan aku minta dipeluk...maklumlah waktu menyusu...badannya sentiasa suam bersentuhan dengan ibu...tapi...hati ni sedih tengok insyirah tido sendiri....sebab since hari lahir kedunia hingga sekarang ibunya pasti ada setiap malam menyusukan dia...huh! sedih...bergenang air mata tgk dia tidur sambil berbisik di hati "besar dah puteri aku ni".....terasa lapang lah sikit waktu tidur sebab kalau insyirah menyusu for sure zahar akan turut serta...so tandem nursing lah jadinya.....penat memang tak terkira sampai sakit badan dibuat nyer...

Cubaan pertama...

cubaan pertama untuk memisahkan susu waktu insyirah berumur 2 tahun gagal..insyirah menangis dari malam hingga ke pagi hampir 2 hari....lastly surrender sebab teramat kasihan..bagaimanapun cubaan kali ini memang  berhasil setelah 2 ke 3 kali ubat pahit diletakkan dia totally said no to 'nenen' anymore..dalam hati biar betul nih!happy nyer rasa!
Tapi...di sebalik kegembiraan tu...terselit satu perasaan yang sangat syahdu...apabila melihat insyirah tidak menyusu lagi..terasa dia semakin jauh....jauh dari hati....jauh dari pelukan tidur bersamanya...sedih sangat!!
So, ibu tekad sayang...ibu akan peluk insyirah selalu! IBU SAYANG INSYIRAH!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...