Nuffnang Ads

Sunday, April 26, 2015

I LOVE YOU TOO!!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Alahai anak-anak, di waktu kecil kita sibuk melayan kehendak fizikal anak2 yang mahu itu dan ini. Tika usia makin beranjak ke alam persekolahan pula, kehendak emosi pula perlu di penuhi...itulah lumrah..Nah! tengok apa yang insyirah tulis kepada ibu untuk luahan rasa...


surat 1

tulisan di sampul

surat 2
Sambil menangis Surat 2 diserahkan dan dia berlari masuk ke bilik....aku buka  dan baca...terkedu....The last sentence really made my tears down...."ibulah orang yang syirah paling sayang di dalam dunia"..daripada sedang menggosok baju aku terus masuk kebilik dan peluk syirah kuat2..dan dia mmg sudah bersedia menunggu. Aku bisikkan ke telinganya..."ibu sayang sangat syirah..selalu tolong ibu dan ayah dan jaga adik2...air mata jatuh berjuraian..

Jauh di sudut hati, aku rasa sangat2 bersyukur kerana Allah masih hadirkan rasa "percaya kepada ibu" dalam diri insyirah walapun kadangkala berkali2 dimarahi. Semoga Allah kekalkan rasa kasih dan sayang ini hingga ke akhir hayat sayang. DAri kecil hingga kini...Allah sentiasa jadikan insyirah sebagai laluan tarbiyah kepada ibu....menyentap ego supaya ke tepi! I LOVE YOU TOO INSYIRAH! HUG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...