Nuffnang Ads

Wednesday, June 1, 2011

Ibu sayang kamu Zainatul Insyirah

google image
Seusai solat berjemaah bersama suami dan anak2, kami berzikir..memanjatkan rasa syukur pada Allah s.w.t..allahuakhbar..allahhuakhbar...subhanallah..subhanallah..alhamdullilah..alhamdullillah...!!

Sepanjang zikrullah dilafazkan,ku lihat anak2 kecilku berusaha bersama2 untuk turut serta berzikir..masyaallah..tatkala itu...satu perasaan syahdu mula menyelinap menelusuri hati dan emosi..tersentuh! Ku renung insyirah, fikiranku mula mengimbas kembali detik2 insyirah dilahirkan 4 tahun lepas. Bagaimana perasaan gembira dan sedih bercampur aduk..ada waktu gembira,tertekan,marah,kecewa dan pelbagai perasaan yang tidak dapat diluahkan.. 

Dua tahun pertama perkahwinan merupakan tahun penuh cabaran buat diri ini. Disahkan mengandung selepas sebulan bernikah mengundang rasa gembira teramat dan mula menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu keibubapaan. Sangat teruja apabila bayi dilahirkan..juga perasaan yang tidak dapat digambarkan sejurus baby dilahirkan..hilang segala kesakitan...

Masa berlalu dengan pantas,hari berganti hari, 2 tahun perkahwinan yang penuh dengan pergolakan emosi...menjadi pemarah dan perengus..insyirah selalu dimarahi..pantang silap pasti akan keluar jeritan dari mulutku...Ya Allah...

Hingga ke hari ini...aku masih ingat bagaimana insyirah yang berumur 2 tahun ketika itu cuba mengelak2 apabila hendak dipukul..atas sebab yang kecil...pernah juga aku  meluahkan rasa kesal yang tidak terhingga kepada suami kerana menyebabkan tangan insyirah melecur...tanpa kusedari seterika yang ketika itu suam2 kuku sengaja kuletakkan ke tangan insyirah dengan harapan dia tidak lagi bermain seterika...tetapi struktur kulit orang dewasa tidaklah sama dengan kulit seorang budak kecil! Terus menggelembung kulit insyirah dan dia menangis! aku kalut..terkejar2 mengambil minyak gamat, lantas ku sapukan ke tempat melecur itu dengan perasaan sayu...naluri keibuanku kembali semula..kepeluk insyirah dan ku katakan padanya " ibu minta maaf yer?" dia mengangguk.

Subhanallah....bertapa teruknya aku kerana tidak berjaya menahan marah...sudah mencuba berkali2 tapi masih gagal...gagal menjadi seorang ibu dan seorang isteri yang baik...aku cuba mengenalpasti masalahku...

Apabila diselidiki,marah itu selalu terjadi apabila aku lapar dan letih..dan masalah yang utama adalah aku mudah berasa lapar...dan sentiasa berasa pedih perut(juga gastrik)....pengambilan kafein secara fakta dilihat menjadi faktornya dimana ia akan meningkatkan tahap metabolisme badan dan membuatkan seseorang merasa energetik atau bertenaga dan kesan daripada itu adalah LAPAR!

Jadi setelah mengenalpasti masalah...aku cuba mengurangkan dan hasilnya sekarang aku tidak lagi mengambil minuman yang berkafein tinggi seperti kopi...dan ALHAMDULLILLAH! aku mulai stabil dari segi emosi...insyirah juga sudah tidak lagi menunjukkan tantrumnya seperti dahulu..bilamana ia akan menengking aku semula jika aku menegurnya...."what we give,we get back" jadi aku cuba mengubah diri........

Dan tahun ini merupakan tahun kelima perkahwinan kami. Dikurniakan sepasang cahaya mata..sungguh menggembirakan...ALLAH s.w.t telah banyak membuka lorong dan rezeki yang tidak disangka2. Kadangkala lidah menjadi kelu untuk mengucapkan ALHAMDULLILAH!

Insyirah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ku selepas solat berakhir....tanpa ku sedari aku menangis apabila memikirkan bahawa ALLAH s.w.t telah mengurniakan aku kehidupan yang HEBAT! bersama2 suami dan anak2 yang hebat!! Insyirah lantas bertanya "nape ibu nangis?' aku menekup muka....suami juga melontarkan soalan yang sama..sambil mengesat air mata..Jawapan ku.." tak sangka anak kita dah besar,boleh solat ramai2". Kesusahan membesarkan anak2 hanyalah sementara.... di awal peringkat usia kanak2  adalah tahun yang paling kritikal membentuk perkembangan minda dan emosinya...maka hadapilah ia dengan penuh kesabaran.Didiklah Anak2 mencintai ALLAH s.w.t...Insyallah kita sebagai ibu bapa juga akan dicintainya...insyirah masih menunggu aku untuk bersalaman..ku sambut salamnya itu...ku cium pipi dan dahinya..lalu insyirah tersengih...itulah perkara yang dia sangat suka sejurus selepas bersolat bersama...

Buat suamiku..selamat ulangtahun perkahwinan ke 5 pada 20 May yang lepas..semoga kita mampu mengekalkan rumah tangga yang dibina ini untuk mendapatkan redha ALLAH s.w.t dalam usaha mencapai kebahagiaan di akhirat kelak



Pesanan buat diri: Ingatlah pengorbanan ibubapa..begitu payah mendidik anak2 seperti mana mereka berpayahan mendidik kita maka kita ingatilah mereka dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat seusai solat. Terasa masih sangat rindu dengan mak! walaupun berjumpa setiap minggu!

3 comments:

Unknown said...

Seriusly, org pun rase nak menangis bila baca entri ko yang ni..rase bersalah pada insyirah, zahar dan korang suami isteri..sebab dulu org pun selalu marah insyirah dan zahar...bagi org, itu cara yang terbaik mendidik anak...sampaikan bila ko berlembut dengan anak2ko, org rase ko memanjakan diorg...huhu..orang tak pernah pukul anak2 ko, tapi tinggi suara tu, biasa...sekarang ni, bila org tinggikan suara kat zakwan pun, org dah rase bersalah..lepas tu, mesti teringat kat insyirah dan zahar...salah betul cara marah2 tu, sbb diorg tak faham dan tak sengaja pun..terasa nak spend masa lama-lama dengan anak2 ko, supaya org boleh tebus balik kesalahan org tu, esp to insyirah..nak cakap sorry, bukan diorg ingt pun apa kesalahan diorg...idah, sampaikan maaf org kat Insyirah dan Zahar yer! kat ko pun same...huhu..sedih plak...

Unknown said...

biasalah...org yang belum berkahwin pada waktu tu pasti takkan faham..small matter..kita belajar dari kesilapan..so make sure jaga sikap kita depan anak2..you'll see a lot of changes on their attitude too.

zakiahzanirun said...

org rasa org layan anak-anak korang dgn baik sekali...hehe..ok, admit! ur entry kali ni mmg terasa sebak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...