Nuffnang Ads

Monday, November 22, 2010

Dugaan dan Ujian

Berbulan rasanya tidak membuat sebarang post setelah memasuki alam pengajian semula. Kesibukan menyiapkan tugasan, test and presentation begitu mengerah tenaga dan keringat sehingga masa dirasakan berlalu sebegitu pantas dan tanpa disedari semester pertama telah pun berakhir!!...Kini kembali tenang  melakukan aktiviti makmal dan pembacaan untuk memantapkan kefahaman tentang research yang dilakukan. Bila diimbas kembali sepanjang tempoh itu, perasaan yang sering menimbulkan kecelaruan emosi juga tidak dapat dielakkan...dihentam...dikritik sewaktu presentation sangat menjatuhkan semangat, sukar untuk bangun semula...

Perancangan Allah dan Kita

Bila terasa diri ini terasa begitu lemah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya pasti ia akan menjadi satu perkara yang sangat membebankan kerana kita tiada kuasa untuk melawan sesuatu yang telah ditakdirkan. Keyakinan yang  tinggi pada ALLAH pada saat ini perlu ditanam di dalam diri untuk mengelakkan diri menjadi kufur. Sudah telalu banyak nikmat yang Allah beri pada kita...adakah salah jika DIA ingin menguji kita untuk melihat sejauh mana keyakinan kita pada Dia sebagai pencipta dan pemberi segala2  yang kita perolehi sebelum itu?? Sesunguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling sesuai buat kita walaupun kita merasakan perancangan kita itu sangat baik. Siapa kita untuk menentukan mana yang terbaik? Kita ini hamba....hamba yang dicipta!! Sudah tentu pencipta lebih tahu yang terbaik untuk kita.!!!! Jika kita ini diibaratkan kereta,yang dicipta oleh manusia sudah tentu pembuat kereta akan lebih tahu yang terbaik maka akan dibekalkan dengan manual arahan penggunaan dan larangan. Begitu juga dengan hidup ini, Dia yang menentukan segalanya!.

Anggaplah segala masalah yang timbul adalah cabaran dan dugaan yang kelak pasti kita akan rasa kemanisan nya...biarpun terpaksa mengharungi perasaan malu dan hilang keyakinan diri. Bangkitlah kerana kita akan rasai kepuasan yang tidak terhingga setelah mengharunginya dan disinilah kemanisan yang dimaksudkan. Masakan kita dapat merasai kemanisan jika tidak merasai kepahitan terlebih dahulu bukan? Disinilah proses pembelajaran dalam kehidupan berlaku...belajar melalui kesilapan diri dan orang lain serta  menilai kembali ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk kita. Pasti ada hikmahnya pada orang yang sentiasa berfikiran positif!!!


PLEASE KEEP IN MIND.... ALLAH MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA MAHU!!!!

Sunday, August 1, 2010

Muslimah are Allah's most beautiful creatures





Alangkah  bertuahnya kita menjadi muslimah..makhluk Allah yang paling indah....inilah bezanya menjadikan agama sebagai panduan...tetapkan niat bahawasanya kita menutup aurat untuk kelihatan sopan di pandangan Allah bukan untuk menarik perhatian mana2 lelaki untuk dijadikan pakwe atau suami....mampukah lelaki2 itu menjadi teman lelaki atau suami yang baik kelak jika kecantikan diri kita diawalnya menjadi asas penarik dan bukannya kerana sikap atau budi pekerti kita...apa akan jadi bila diri sudah kurang menarik?...sama2 kita perbaiki diri untuk mendapat keberkatan Allah...

Sunday, May 30, 2010

Alangkah sukar nya menjaga AURAT

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]


Berbaju seperti kanak2 berusia 5 tahun...berseluar ketat dan padat. Ini lah trend yang menjadi ikutan muslimah kini. Pada sesiapa yang tidak mengikuti nya...pasti akan di gelar' ketinggalan zaman' and tak mengikuti perkembangan semasa lansung!! Subhanallah! apa yang telah berlaku ni?? Tahap kejahilan melampau!!!! Perempuan yang bertudung(dengan bonggol yang tinggi) dengan rasa bangga ..berjalan lenggang lenggok dan menjeling minah selekeh yang memakai tudung biasa dan berpakaian longgar di sebelahnya sambil berlalu...pasti dalam hati nya bangga aku ni nampak cantik walaupun bertudung...YA ALLAH! Sedihnya melihat manusia sekarang yang hanyut mengikuti arus zaman...Bertapa jahilnya orang islam kini yang hanya menerima fesyen2 terkini tanpa berfikir ianya menjatuhkan maruah agama sendiri..sekaligus menunjukkan islam itu amatlah rendah nilainya di mata bukan islam...menerima segala fesyen terkini yang kononnya kelihatan muslimah...walhal sebaliknya.

Perlukah kita berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh untuk kelihatan menawan dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri? Adakah dengan berpakaian begitu keyakinan di perolehi...adakah ini bermakna orang berpakaian  sebaliknya tidak ada keyakinan diri?.....Bukan kah keyakinan diri ini hadir apabila kita mempunyai ilmu serta pendirian dan prinsip(berlandaskan agama) dalam hidup yang sekaligus terlihat dengan attitude yang sangat menyakinkan....Ini bermakna..orang yang mencari yakin diri dengan pakaian yang menonjol itu adalah orang yang terdesak kerana cetek ilmunya(maaf kiranya ayat ini amat kasar)...

Sesungguhnya islam itu agama yang perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seharian,islam datang secara pakej,jangan lah hanya mengambil sebahagian yang disukai dan ditinggal kan bahagian yang tak di sukai...akan pincanglah kehidupan itu jika islam direalisasikan sedemikian rupa. Jika Allah telah memerintahkan kita menutup aurat, pasti akan kebaikannya untuk kita.. laksanakanya dengan sempurna supaya hasilnya adalah kepuasan dan ketenangan dalam hidup..kasihanilah insan yang bernama LELAKI kerana mereka terpaksa mengawal gelodak nafsu tatkala melihat susuk tubuh yang mengiurkan.Lelaki yang dimaksudkan boleh jadi ayah,adik, abang  dan pakcik2 kita dan kemudian ke mana agaknya nafsu tersebut dilepaskan? Akhirnya akan terpampang di dada akhbar dan TV bayi yang terbuang dan dibunuh. Tidak mustahil orang yang yang merogol atau melakukan hubungan tersebut di cetuskan oleh pakaian kita yang sendat dan mendat tu!yang kemudian telah meransang nafsu lelaki tersebut dan seterusnya dilepaskan kepada orang yang tidak sepatunya!Subhanallah hentikanlah kitaran yang sungguh menyakitkan ini!!!!  
Pernah kah kita terfikir istilah 'sexsual harassment' yang kerap kali digunakan untuk menunjukkan ganggual seksual yang dilakukan lelaki terhadap wanita  sepatutnya diterbalikkan menjadi gangguan yang dilakukan oleh perempuan terhadap lelaki kerana telah menaikkan nafsu mereka?...Islam telah meletakkan maruah wanita setinggi2nya jika patuh kepada peraturan yang telah diturunkan oleh Allah..tak perlulah terpedaya dengan propaganda kesamaan hak lelaki dan wanita oleh barat. ISLAM adalah segalanya,patuhilah ia supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Marilah kita bersama2 menghentikan rantaian2 dosa bermula dengan diri kita sendiri dan keluarga  supaya tidak menjalar ke generasi seterusnya....YA ALLAH PELIHARALAH HIDUP KAMI DAN LINDUNGI LAH KAMI DARI API NERAKA MU!



Wednesday, May 19, 2010

Syukur pada Mu ya Allah!

Tanggal 20 Mei 2010..genaplah usia 4 tahun perkahwinan kami. Dikurniakan anak sebagai penyeri dan penyejuk hati cukup mendamaikan..cepat sungguh masa berlalu...4 tahun yang berlalu dengan pelbagai cabaran dan dugaan mendatangkan teladan dan hikmah yang banyak buat diri ini...terima kasih pada mu suamiku kerana sentiasa menjadi positif untuk mendidik isterimu yang sentiasa beremosi..terima kasih juga padamu suamiku kerana sentiasa ada disisi tatkala terasa diri ini kehilangan semangat dan tujuan..dan terima kasih kerana sudi menjadi pendamping ku bersama2 menjaga dan mendidik anak2 kita tanpa penat dan lelah...semoga perkahwinan kita ini di redhai Allah dengan keberkatan dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah...amin ya Allah!

Terbuka pintu hati...

Perkenalan yang bemula sebagai rakan sejurusan berjalan seperti biasa tanpa ada rasa yang hadir dihati untuk bercinta atau mencintai,sekadar sama2 mengulangi pelajaran (dalam group yang besar)..tidak terlintas walau seinci untuk bercinta kerana fokus utama waktu itu adalah untuk belajar...tapi...tipulah sekiranya hati ini tidak ada secubit  rasa untuk disayangi... kepingin benar untuk bercinta seperti orang lain..keluar bersama..calling2 dan mendamba kasih...tapi aku tidak menyesal malah syukur padaMu ya Allah kerana hati ini masih kuat memegang iman yang tipis ...tidak mengikuti tingkah buruk mereka yang bercinta...Allah masih menjaga ku....syukur Ya Allah!

Setelah menamatkan pengajian peringkata ijazah, aku menyambung pengajian lagi...jodoh sememangnya telah ditentukan Allah..hubungan yang bermula dengan rasa hambar sekadar untuk mencuba melihat dan berfikir serta yakin  bahawasanya dia telah diciptakan untuk ku akhirnya membawa kepada perkahwinan..berkat doa yang berterusan akhirnya berjaya membuka hati ini menerimanya sebagai suami.Terasa bagaikan ketenangan yang menyusup ke jiwa selepas pernikahan kita bagaikan masih baru seperti semalam...indah sungguh percintaan selepas akad dilafazkan..tidak terhingga nikmat yang Allah berikan kepada perkahwian kita selama ini.
 Maaf suamiku atas segala perkara yang mengguris hati yang telah ku lakukan sebelum dan selepas pernikahan kita.... terasa sungguh bahagia dikurniakan suami seperti mu...semoga kita dapat membentuk sebuah keluarga yang sentiasa mencari redha Allah dan tidak tersasar dari jalan Nya...lindungi kami Ya Allah!

Kepada suamiku yang tersayang Zulkarami bin Berahim..isterimu ini tidak pernah menyesal memilih mu sebagai suami..malah Allah memberikan ku seorang suami yang telah menyempurnakan hidupku...semoga Allah berkati kehidupan kita dan menjadikan perkahwinan kita ini medan mengumpul pahala sebanyak mungkin untuk kesejahteraan di akhirat kelak...amin.. 





Thursday, May 6, 2010

Berpisah susu

Sudah hampir 2 minggu INSYIRAH tidak menyusu badan lagi...umur dah 3 tahun 2 bulan...tempoh yang boleh dikatakan panjang untuk menyusukan seorang anak. Kesian dia terpaksa tidur hanya dengan susu botol...sambil tanganyer memegang tangan aku minta dipeluk...maklumlah waktu menyusu...badannya sentiasa suam bersentuhan dengan ibu...tapi...hati ni sedih tengok insyirah tido sendiri....sebab since hari lahir kedunia hingga sekarang ibunya pasti ada setiap malam menyusukan dia...huh! sedih...bergenang air mata tgk dia tidur sambil berbisik di hati "besar dah puteri aku ni".....terasa lapang lah sikit waktu tidur sebab kalau insyirah menyusu for sure zahar akan turut serta...so tandem nursing lah jadinya.....penat memang tak terkira sampai sakit badan dibuat nyer...

Cubaan pertama...

cubaan pertama untuk memisahkan susu waktu insyirah berumur 2 tahun gagal..insyirah menangis dari malam hingga ke pagi hampir 2 hari....lastly surrender sebab teramat kasihan..bagaimanapun cubaan kali ini memang  berhasil setelah 2 ke 3 kali ubat pahit diletakkan dia totally said no to 'nenen' anymore..dalam hati biar betul nih!happy nyer rasa!
Tapi...di sebalik kegembiraan tu...terselit satu perasaan yang sangat syahdu...apabila melihat insyirah tidak menyusu lagi..terasa dia semakin jauh....jauh dari hati....jauh dari pelukan tidur bersamanya...sedih sangat!!
So, ibu tekad sayang...ibu akan peluk insyirah selalu! IBU SAYANG INSYIRAH!

Tuesday, May 4, 2010

Nikmat Sakit...

Sejak 3 minggu lepas badan yang sebelumnya aktif dan cergas mula diuji dengan kesakitan yang berpanjangan. Start dari  badan menggigil kesejukan,demam n nak pitam..doktor cakap anda ada tekanan darah rendah...oppsss...selama ni tak pernah la pulak kena. Why?..faktor utama mungkin usia. Since umur dah 30 tahun ni and melahirkan 2 orang anak tahap kecergasan mulai berkurangan...itulah fitrah kan??? Tapi aku kena kuat kan semangat gak untuk my little prince and princess. Mereka perlukan perhatian dan belaian..dengan kedua2nya menyusu badan(tandem nursing)...terasa terseksa gak nak melayan anak2 sedangkan badan tak sihat ni...memang penat...tapi aku sangat beruntung dikurniakan suami yang sangat memahami ..alhamdulillah..semoga allah berkati perkahwinan kami ini selamanya dan jadikan hamba ini isteri yang solehah..amin...

Kembali kepada topik nikmat sakit..Apabila kita diuji dengan sakit barulah terasa bermakna nyer dikurniakan waktu sihat. Waktu tu lah terasa sesalnya..kenapa lah aku tak buat kerja tu waktu tu...kenapa lah tangguh2..kan sekarang dah sakit. Then waktu tu lah baru terfikir tentang buatlah 5 perkara sebelum datangnyer 5 perkara. So apa tu 5 perkara?
1)sihat sebelum datangnye sakit
2)lapang sebelum sibuk
3)muda sebelum tua
4)hidup sebelum mati
5)kaya sebelum miskin

Jadi, gunakan masa sebaik-baiknyer n enjoy every moment in our life...give...give and give...give ur love,give ur money to someone in need ,so u'll get what u gave from Allah in any way that u not even thought!believe in Allah!!!

Monday, February 22, 2010

Macam2

Aduh letih nya rasa badan ni....sakit sana sini..mungkin sebab baru baik dari demam, lepas tu siap boleh ke sungai congkak tuh! dah lama tak bawa anak2 berjalan, menambah ilmu dengan alam persekitaran, they really enjoy the day! puas hati tengok diorang happy so badan yang sakit2 ni automatically leh hilang sekejap.
Rutin harian kembali lagi...kerja!kerja! dan kerja! lepas tu sibuk memanjang. Macam2 yang perlu diuruskan terutamanya anak2 dan kerja2 dirumah. Semenjak dua ni pula,insyirah yang dah hampir sebulan di pre-school asyik meragam jer!  merengek dan juga mengacau adik. Kenapa yer? ......ibu rasa insyirah tak cukup tidur kat sekolah,that why asyik mention..'insyirah penat lah ibu'. Tapi yang pelik,bila suruh off sehari tak nak lah pulak. So conclusion nyer, dia memang sangat suka dengan sekolah tu! Alhamdulillah! Akhirnya ibu terpaksa cakap juga dengan teacher to make sure insyirah tido lama sikit!
Kekadang tahap kesabaran teruji dengan kerenah anak yang begitu, tapi alhamdullilah "mendiamkan diri bila teruji sangat membantu membina kesabaran" itu lebih baik dari mengeluarkan perkataan yang tidak baik yang boleh menjadi doa apabila mereka dewasa kelak.

Ok sekarang boleh fokus kepada kerja pulak..proposal tak siap lagi nih!adui banyak betul benda yang perlu dibaca...moga ada kekuatan untuk buat yang terbaik!

Sunday, January 24, 2010

Mari bantu diri dan suami(dipetik dari Blog UMMU HUSNA)

"As dah solat ?” tanya suami sewaktu sesi rehat selepas makan tengahari.




“ Belum lagi “ jawab saya ringkas. Sememangnya saya menunggu-nunggu ketika yang sesuai untuk menunaikan solat memandangkan di dalam dewan tersebut penuh dengan ahli keluarga lain yang turut serta, dari kaum bapa, ibu dan anak-anak mereka.



Sabtu itu, saya sekeluarga menghadiri Hari Keluarga Warga Lampeter yang berlansung di Dewan Milennium, Cellan; lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kereta dari pekan kecil Lampeter.



“ Rasanya ok dah nak solat ni, orang lelaki semua ada di luar . Solehah, biar abang pegang,” cadang suami. Saya menghulur Solehah ke dalam dukungannya.



“ As solat di hujung sudut belah sana. Agak terlindung dan tidak nampak bahagian belakang ketika rukuk dan sujud,” tambah suami bila melihat saya tertinjau-tinjau tempat yang sesuai. Suami menunjuk ke bahagian kiri belakang dewan. Kelihatan beberapa orang lain dari kaum ibu dan anak-anak perempuan juga telah bersedia berwudhuk untuk menunaikan kewajipan. Saya menghampar sejadah lalu mempelawa mereka untuk solat bersama. Berjamaah.



SANGAT MENGAMBIL BERAT

Saya bersyukur kerana suami seorang yang sangat menitiberatkan penjagaan aurat. Bukan sekadar menutup tetapi juga memeliharanya dari pandangan yang tidak wajar. Walaupun saya telah berjubah dan memakai tudung labuh namun suami masih tetap mengambil perhatian terhadap penjagaan aurat saya sebaiknya. Antara saranannya ialah memakai seluar panjang di sebelah dalam, juga berstoking warna gelap.



Seterusnya, ketika berada di kampung bersama adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara, suami sering mengingatkan agar saya menutup kaki sepenuhnya ketika duduk bertimpuh.



“ Tarik sedikit hujung kain agar menutup seluruh kaki bila duduk,” suami mengingatkan.



Walaupun ada sedikit keringanan (rukhsah ) terhadap aurat perempuan ketika bersama adik beradik dan ipar duai, iaitu boleh untuk tidak memakai stoking dan menampakkan pergelangan tangan bagi memudahkan bergerak dan melakukan kerja-kerja di dapur terutamanya, namun keringanan itu harus digunakan seminimum mungkin.



Kerana itu, dalam kebanyakan waktu saya lebih selesa memakai pakaian lengkap menutup aurat, lebih-lebih lagi bila kaum keluarga termasuk ipar duai dan rakan-rakan berkunjung ke rumah kami di Puchong Indah. Saya sering mengingat dan memuhasabah diri terhadap anjuran Rasulullah SAW , yang bermaksud :



“Jagalah auratmu, kecuali dari (penglihatan) suamimu”

Kemudian Baginda ditanya pula, “Bagaimana apabila seorang perempuan bersama dengan sesama kaum perempuan ?”

Maka Baginda menjawab, “Apabila engkau mampu untuk tidak menampakkan aurat kepada sesiapapun maka janganlah kau nampakkan kepada sesiapapun.”

Lalu Baginda ditanya lagi, “Bagaimana pula apabila salah seorang dari kami (kaum perempuan) sedang bersendirian ?”

Maka Baginda menjawab, “Engkau lebih harus merasa malu kepada Allah daripada kepada sesama manusia.” ( Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya dengan sanad hasan, lihat Fiqhu Sunnah lin Nisaa’, halaman 381).



Dari mafhum hadis di atas, jika dalam lingkungan kaum perempuan sekalipun sebaik-baiknya aurat ditutup sempurna, tanpa ada keperluan memperlihatkannya, apatah lagi bila berada dalam lingkungan keluarga bersama ipar duai lelaki.



SEMPURNA MELINDUNGI

“ Ummi, boleh tak Kak Long pakai baju ni ? “ anak sulung saya bertanya sambil menunjukkan sehelai baju t-shirt. Baju itu berlengan panjang warna hijau pucuk pisang, tetapi labuhnya sekadar menutup sedikit sahaja bahagian punggung.



“ Kak Long nak pakai waktu Hari Keluarga nanti,” jelas Kak Long lagi. Saya memandang wajahnya. Saya tahu dia amat berharap saya memberikan kebenaran.



“ Dulu Ummi pernah beritahu Kak Long dan Kak Ngah, ingat tak?” soal saya terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaannya.



“ Bagitau apa Ummi, Kak Long tak ingatlah,” jawab Kak Long berterus terang.



“ Ummi pernah beritahu, pakaian seorang perempuan Islam bukan sekadar cukup menutup seluruh tubuh sahaja tetapi juga sempurna untuk melindungi pemakainya ketika ia duduk, membongkok dan melakukan pergerakan lainnya,” saya berhenti seketika untuk memberi ruang kepada Kak Long menyerap maklumat.



“ Jadi, walaupun baju Kak Long nampak sudah menutup aurat, berlengan panjang dan dari kain yang tidak jarang, tetapi labuh baju tu tak cukup panjang. Tidak cukup sempurna melindungi badan Kak Long dari terlihat oleh orang lain ketika Kak Long tunduk dan membongkok,“ ulas saya sekaligus menjawab pertanyaannya tadi. Kak Long mengangguk, tetapi ada sedikit kekecewaan pada riak mukanya. Saya mengerti.



“ Macam ni, Kak Long pakai baju ni sebelah dalam dan pakai gaun tanpa lengan yang baru Ummi beli tempoh hari di sebelah luar. Tentu lagi menarik,” cadang saya memberikan alternatif. Terpancar kembali sinar gembira pada wajahnya. Syukur, bisik saya.



CANTIK DEPAN SUAMI TETAPI DI LUAR?

Seorang Muslimah, seluruh tubuh badannya wajib dilindungi dari pandangan lelaki ajnabi kecuali muka dan tapak tangan. Demikian pendapat jumhur ulama’ zaman berzaman. Firman Allah SWT yang bermaksud :



"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin lainnya, hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu." ( Surah Al-Ahzab ayat 59)



Dan firmanNya lagi yang bermaksud :



"Katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada ALLAH SWT, wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung."( Surah An-Nur ayat 31)



Sayangnya, tidak ramai wanita zaman moden hari ini yang menyedari dan mahu mematuhi sebaiknya perintah Ilahi. Kebanyakan mereka faham dan mengerti saranan dan contoh tauladan yang diperlihatkan oleh srikandi zaman kegemilangan Islam dahulu, kepentingan dan keperluan berhias serta berdandan di hadapan suami. Berpenampilan menarik untuk memikat sukma si jantung hati.



Akan tetapi bukan semua dapat memahami dan mencontohi corak pakaian dan penampilan wanita-wanita solehah ini di luar rumah tangga, lebih-lebih tanpa kehadiran suami di sisi ketika bekerja dan sebagainya.



Kerana itu, ramai wanita hari ini walaupun memakai tudung ketika keluar dan bekerja tetapi masih bersolek dan berwangi-wangian dengan aroma menusuk jiwa; sedangkan mereka tahu bahawa keadaan itu menjadi daya ketertarikan dan membangkitkan syahwat lelaki.



MARI BANTU DIRI DAN SUAMI

Mungkinkah kerana itu, wanita-wanita solehah semakin sukar kedapatan dalam dunia hari ini ? Dek bertahan memegang yang syari’e cukup sukar dan penuh duri umpama menggenggam bara api, hampir terlepas kerana kepanasannya yang tak terperi.



“ Jangan putus asa. Selagi masih bernyawa, selama itu gelaran Solehah masih boleh diraih dan dicapai,” demikian sering suami memujuk tatkala terasa diri bagaikan jauh dari ciri-ciri wanita solehah, penyejuk di mata, penawar di hati.



Justeru, mari kita berusaha semampu daya untuk mendapatkan kesempatan yang masih ada ini. Tanpa rasa pesimis ataupun khuatir. Mari kita bantu diri dan suami tercinta. Bukan hanya dari sudut materi, tetapi juga dari sudut rohani sebagai bekal kemudian hari.



Biarlah orang memandang kita sebagai naïf dalam berfesyen arus semasa di luar rumahtangga, tetapi di depan suami kita adalah isteri yang ‘daring’ dan manja. Bukan bermaksud perlu selekeh dan comot, tetapi cukuplah sekadar berpenampilan bersih, rapi dan kemas di luar rumahtangga. Itu sebenar tuntutan agama.

Kecantikan itu bukan dilihat dari fizikal semata, tetapi kecantikan itu timbul dari dalam hati, beserta kebaikan terhadap manusia dan kepatuhan kepada Yang Maha Mencipta.



Andai ingin terus bersama hingga ke syurga, mudah-mudahan ketaatan dalam menyempurnakan penutupan aurat ini dapat membantu menuju bahagia di sana. Bersama suami tercinta.



"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kalian untuk menutupi aurat kalian dan pakain indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH SWT.Mudah-mudahan mereka sellau ingat." ( Surah al-A'raf ayat 26 ).



Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.



Jumpa lagi, InsyaAllah.

Tuesday, January 12, 2010

Cuba!!!

Semenjak dua ni tangan gatal nak mencoretkan segala isi hati,segala yang difikirkan,segala yang dirancang dan segala2nyer!....persoalan yang difikirkan....masalah yang timbul...tapi....mampukah menyampaikan dengan berkesan melalui penulisan!?

Sejak sekolah lagi subjek penulisan adalah diantara subjek yang sangat merunsingkan kepala. Terpaksa bersedia mental dan fizikal untuk tulis karangan dan ternyata sehingga habis sekolah pun dan hampir menginjak 30 pun masih ada keraguan dengan penulisan. Elok kah susun ayat macam ni?...perlu ker letak perkataan ni?...pelbagai lagi perkara bermain di fikiran..sebelum sesuatu ayat itu dikatakan "siap".

Tapi..sampai bila ? Bagi saya orang yang sebegini susah nak maju dalam hidup,orang yang sanggup meneroka satu bidang yang di luar bidang kebiasaan adalah orang yang "extra-ordinary". So i want to be like that! Saya adalah orang yang pasif, itu anggapan saya pada diri sendiri. Jadi cara yang terbaik untuk jadi pro-aktif ialah dengan sentiasa berfikir dan meNOTAkannya..

Semoga niat yang baik akan dibantu oleh Allah SWT....insyaalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...