Nuffnang Ads

Tuesday, January 25, 2011

"Diri"komponen yang memaknakan kehidupan

Motivasi pagi IKIM,

Pagi ini 26 januari 2011..seperti biasa slot motivasi pagi di IKIM berkumandang dicorong radio kereta..Ustaz Zul Ramli sebagai motivator untuk bulan januari ini seperti biasa,menarik perhatian pendengar dengan kisah2 kehidupan yang begitu memberi kesan terus ke lubuk hati.... ingin dikongsi dan disimpan sebagai bacaan untuk disingkap kembali kelak..tatkala memerlukan pengisian hati..kisah pagi ini berkisar tentang peranan diri sebagai komponen yang boleh memaknakan kehidupan, apa sebenarnya peranan kita dalam kehidupan?

Kekurangan orang lain dan kelebihan diri

Kita ketahui bahawa Allah menciptakan manusia dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan,kadangkala kita lebih dan orang lain kurang dan juga sebaliknya...pernahkan kita sebagai hamba Allah berfikir mengapa  Allah menjadikan manusia sedemikian rupa? Tatkala kita mendapat kelebihan dari Allah,bagaimana kita sikap kita dan penerimaan sebagaimana yang kita lakukan? Adakah dengan rasa bersyukur dan ingin berkongsi dengan orang lain kerana merasakan ia bukan hak mutlak kita....ATAUPUN rasa BANGGA dan PUAS kerana merasakan ia datang dari penat lelah kita?
Juga tatkala Allah menguji manusia dengan musibah, apakah reaksi yang akan kita pamerkan?menangis dan kesal juga saling menyalahkan ataupun terima, redha dan berusaha mengharunginya......walau apa jua yang berlaku..kita harus sentiasa meletakkan satu perkara yang utama didalam MINDA kita bahawasanya Allah sedang merancang sesuatu yang baik buat kita...kembali kepada mengapa Allah menjadikan manusia dengan berbeza keupayaan? jawapanya adalah kerana Allah ingin memberi peluang kepada manusia lain untuk menampung kekurangan yang ada pada manusia lain....TAPI pasti ada pula yang bertanya 'kenapa pulak manusia lain kena tampung?' hmmmmm......kenapa yer?

Cantiknya ISLAM

Disinilah kecantikan islam...manusia hanya akan mendapat kegembiraan dan kepuasan apabila berkongsi bersama  orang lain...kegembiraan akan bertambah tatkala kita berkongsi...kesedihan akan berkurang tatkala kita berkongsi...segalanya secara berkongsi kan??? jadi disinilah peluang kita untuk meraih kegembiraan berganda!!! subhanallah! tak pernah terfikir bahawa kekurangan manusia itu lain boleh ditampung oleh kita...
Sebagai ingatan buat diri, ambillah segala peluang yang ada untuk memberi dari yang lebih dan menampal yang kurang itu...tiada bermaknanya harta dunia jika tidak dimanfaatkan untuk akhirat.

Ingin dikongsi kisah yang diperdengarkan oleh Utz Zul Ramli, dimana di satu sekolah selepas keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, pihak sekolah telah mengumpulkan kesemua murid yang berjaya mendapat 5A untuk mengetahui apa yang telah mereka perolehi dari ibu bapa mereka, murid yang pertama apabila ditanya apa yang diperolehi dia menjawab'dia mendapat sebuah basikal' murid kedua pula mendapat hadiah melancong ke Langkawi, murid ketiga dan seterusnya juga mendapat pelbagai hadiah yang menarik....apabila sampai giliran murid yang terakhir...dengan muka yang agak suram seperti tidak mahu menceritakan apa yang diperolehi...dengan perlahan murid ini memberitahu..selepas sahaja dia memperolehi keputusan tersebut, dia terus balik kerumah dan menunjukkan slip tersebut......dan dia menerima sebuah senyuman dari ibunya yang tersangat bernilai didalam hidupnya setelah sekian lama...juga ciuman yang disertai air mata panas ke pipinya....indah nya rasa dunia apabila dapat melihat ibu tersenyum kerana kesusahan yang ditanggung ibu dek mencari rezeki dan menjaga ayah yang sakit sangat menekan hidup!
Kisah ini hanya sekecil2 perkara dalam hidup yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan, maka jadikan lah diri kita ini komponen yang menyumbang kepada memaknakan kehidupan kita dan orang lain....demi mencari tenang dan redha Allah...insyallah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...