Nuffnang Ads

Wednesday, December 14, 2011

Demi masa

Assalmualaikum wbt

Alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di bumi Allah ini...gembira dan bahagia bersama suami dan anak2 juga rakan. Agak lama meninggalkan blog ini...semakin banyak perkara yang menuntut untuk diselesaikan hinggakan masa terpaksa dipadatkan. Urusan pelajaran, urusan keluarga yang semakin besar...membuatkan masa sentiasa terisi! ada pendapat mengatakan semakin masa kita terisi, semakin sibuk  bermakna kita semakin bijak menggunakan masa.

Memanfaatkan masa ada kaitannyer dengan matlamat yang kita telah tentukan samada jangka pendek atau panjang. Penentuan matlamat akan menentukan tindakan kita dalam kehidupan seharian kita..Tetapkan matlamat jangka pendek kita setiap hari "apa yang perlu diselesaikan hari ni?' dan apa pula matlamat jangka panjang kita..buatlah catatan ringkas di hadapan laptop yang kita hadap setiap hari sebagai reminder! Seseorang yang datang ke tempat kerja dengan semangat untuk melaksanakan tugasannya yang telah ditetapkan pada hari itu akan melahirkan sikap yang ceria. Urusan pekerjaan yang dibuat dalam keadaan ceria akan menghasilkan kerja yang hebat! telah banyak kajian yang dijalankan olah pakar psikologi membuktikan ia memang benar! cubalah!

selain itu perkara paling utama yang perlu dielakkan adalah sikap suka bertangguh. Yup, perkara yang paling disukai syaitan!...percayalah...sikap suka bertangguh ni muncul bila mana kita tidak ada matlamat...sekali lagi berkaitan dengan matlamat. Kadangkala kita sangat bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang ditetapkan tetapi pelbagai halangan kadangkala membunuh semangat kita...jangan bertangguh....sila cari semula semangat yang hilang itu dengan memohon pada ALLAH supaya memberikan kita kekuatan untuk menghadapinya...Jangan sesekali merungut dan mengeluh kerana ia tidak akan sesekali membantu!!  Sebagai contoh...Jika ditugaskan untuk membuat tugasan yang penting yang sepatutnya di buat oleh boss kita...maka anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita maju kehadapan dengan kepercayaan yang diberikan kepada kita....betulkan sikap kita untuk sentiasa berfikir secara positif, yakin dengan kebolehan diri kerana Allah sememangnya menjadikan manusia ini HEBAT..

Sentiasa berfikiran positif, tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang dan bertindaklah untuk mencapai matlamat tersebut. Keyakinan dan kepercayaan 100% bahawa kita mampu capai matlamat tersebut akan membuatkan tindakan kita selari dengan keyakinan kita! Jangan sekali-kali mendekatkan diri dengan orang2 yang sentiasa berfikiran negatif! Sila jauhkan diri kita dari orang sebegitu kerana ia pasti akan menjejaskan hidup kita! Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain dari segi harta kecuali ilmu agamanya....kita tak akan kemana2...hidup ini sementara, manfaatkan masa kita didunia ini dengan niat untuk mendapat hasil yang boleh dituai diakhirat nanti!


IF U BELIEVE, YOUR MIND WILL CREATE WAYS TO DO IT~David J Schwartz~





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...