Nuffnang Ads

Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Final Semester of PhD's...3 kids...happy marriage, InsyaAllah

my three babies!! love u all sayang!!



What a post title is that!!??....hmmmm...the title actually represents what was in my mind started almost 3 years ago till NOW!....it was like never ending story. NO STOP. Having 3 kids during your study is the toughest moment to go through especially when both of us (my hubby) doing it in the same time.

LABWORK..LAB..LABWORK....WRITING...READING...MANUSCRIPT...THESIS..
.IMPACT FACTOR JOURNAL...this is part of my study....addition...ANAK2 TAK SIHAT(ibu kena CUTI)....PROSES PENDAFTARAN INSYIRAH KE TAHUN 1 2014......APPLICATION TO SEKOLAH RENDAH INTEGRASI BANGI (SRAI) with the requirement to  SUCCESS WITH THE EXAM AND INTERVIEW...(hoho...ibu yakin insyirah boleh!)- so this is part of my children education that i have to properly planned for their future...TIDAK BOLEH BERKOMPROMI dalam hal  ini yer..don't sacrifices their future because of your laziness ok....BIG REMINDER TO ME!...
Anything else to add...? Yes sure, your role as a wife, mother and daughter to your parent...so that is how the post title come out! it is all spinning around in my head..mixing..blending..and the out put will be?

           -A GREATER PERSON WITH THE ABILITY TO MANAGE LIFE-

Be positive....Allah is always around...Thank you Allah for giving me such a beautiful kids and husband...and a GREAT LIFE for sure....ALHAMDULILLAH!

LESSON: be grateful whenever the busy'ness come around..coz you will find it so valuable when you have nothing to do....:)....Never complaint!





Thursday, January 19, 2012

Rayuan Nurani


Terkadang... kita sering lupa siapakah kita..hamba ciptaan yang diciptakan oleh pencipta yang Maha kuat dan sempurna..Allah S.W.T

Tiba-tiba hati tersentuh mendengar lirik lagu rayuan nurani oleh kumpulan nasyid Saff one ini...terdetik didalam hati bahawa Allah ingin sentiasa menyedarkanku dari lalai dengan nikmat dunia  dan aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih dilembutkan hati untuk menerima segala kesilapan diri..dan membaikinya..

Hakikatnya, kita meminta kekuatan dari Allah untuk membantu kita berada dijalan yang lurus....bukan jalan yang berliku...Ya Allah!!! bantulah hambaMu yang lemah ini!!!!

Hayatilah lirik lagu ini....fikirkan... dan tanamkan keyakinan kita hanya pada ALLAH!





Monday, December 19, 2011

Tips untuk meningkatkan keyakinan diri dan hilangkan ketakutan

Assalamualaikum wbt..

Diselitkan pada catatan kali ini tips mudah untuk meningkatkan keyakinan diri dan hilangkan rasa takut untuk melakukan sesuatu. Keupayaan kita untuk menepis rasa takut untuk bertindak akan memudahkan jalan untuk kita menjadi orang yang berjaya. Untuk menjadi orang yang pro-aktif cuba kita ambil pakai beberapa prinsip mudah yang di tulis oleh Prof David J. Schwartz dalam bukunya 'The magic of thinking big':

1)"Tindakan" akan membuang rasa takut
 -langkah pertama adalah kenalpasti rasa takut itu, sebagai contoh mudah, kita ditugaskan untuk memulakan urusan dengan seseorang yang amat penting ataupun 'orang besar', bagi mereka yang baru pertama kali pasti akan timbul rasa' layakkah aku berurusan dgn dia ni?aku ni org kecik jer...'----oppsss!! jangan sesekali merendahkan diri kita...cuba kita fikir...bagaimana agaknya orang2 besar itu boleh menjadi orang yang berjaya?pasti ia bermula dengan langkah pertama! jadi tunggu apa lagi? mulakan langkah pertama kita...buang rasa takut dan yakinkan diri kita...kita mampu untuk menjadi seperti mereka! teruskan bertindak! buat temujanji...dan seterusnya....insyaallah pasti akan berjalan lancar!! Dengan kata lain "redah jer"....

2) Jadikan amalan untuk hanya berfikir yang positif
-Jangan sekali2 berfikir negatif tentang sesuatu perkara yang dibincangkan. Jika kita berbincang tentang seseorang...cuba sedaya upaya untuk tidak pergi ke sisi buruk mereka. Bayangkan perkara2 yang baik tentang seseorang...dan ucapkan sbg contoh...sipolan tu bagus lah cara dia bercakap...penuh yakin!aku suka sangat tengok dia!....sekali lagi peringatan...jangan bercakap tentang perkara yang NEGATIF!

3) Letakkan seseorang dalam perspektif yang baik(put people in proper perspective)
-manusia ini sebenarnya sama jer....dapatkan pandangan individu lain untuk lebih seimbang dan cuba bentuk sikap untuk memahami jika kita berada di dalam sesuatu situasi. (many people will bark but it's rare one who bites) contoh: orang yang marah disbbkan sesuatu perkara....tindakan perlu kita buat adalah bertenang...fikirkan segala kemungkinan positif yang orang itu hadapi sebelumnya yang telah membuatkan orang itu marah. Insyallah sekali lagi kita akan dilihat sangat cool!orang lain akan melihat kita dengan kagum kerana tidak turut serta dalam adegan yang panas itu...hebatlah lah si polan tu! boleh bersabar dengan orang macam tuh?hmm..kalu akulah..tak tau lah apa dah jadi!~~~Cuba kita lihat situasi yang cukup sinonim sekarang....orang marah kita..kita pun balas semula.....kesimpulanya jadilah kita sama seperti mereka.....dan cuba kita renung kembali akhlak rasullullah ketika baginda dibaling dengan najis oleh orang yang membencinya...baginda tidak membalas malahan bersikap lebih lembut....jika kita tidak mampu 100% mengambil teladan dari kisah baginda, apalah salahnya jika kita mengambil 1% akhlak baginda untuk dipraktikkan...

4)Buatlah apa yang kita fikir betul
-selagi mana kita rasa apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan bersama  dan tidak salah disisi agama maka sila abaikan apa yang orang akan perkatakan!

5)Ucaplah dengan yakin"SAYA SANGAT YAKIN DENGAN DIRI SAYA"ulang setiap hari berkali2 dan lakukan beberapa langkah seperti dibawah

- sentiasa duduk dihadapan dalam apa jua keadaan( mesyuarat, kelas)
-membuat hubungan mata ketika bercakap(untuk muslimah sila jangan sampai merenung mata orang yang bukan muhrim...sangat salah!)~berpada2 lah
-berjalan  25% lebih laju (kebiasaannya, orang yang berjalan perlahan adalah orang yang kurang keyakinan diri)
-mengutarakan pendapat dalam setiap kelas atau meeting yang dihadiri..walaupun sedikit
-sentiasa senyum!!!


Jika kita lihat dah perhati...orang yang berjaya tidak sesekali menghiraukan apa kata orang dan......orang yang sederhana sentiasa akan risau dengan kata2 orang.

Kesimpulanya, kita yang menentukan arah tujuan kita.....sila pilih dan bertindak sekarang! jangan bertangguh!Mohon  sedikit kekuatan dari Allah kerana Sesungguhnya ALLAH maha kuat!


Peringatan ikhlas untuk diri sendiri,

Wednesday, December 14, 2011

Demi masa

Assalmualaikum wbt

Alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di bumi Allah ini...gembira dan bahagia bersama suami dan anak2 juga rakan. Agak lama meninggalkan blog ini...semakin banyak perkara yang menuntut untuk diselesaikan hinggakan masa terpaksa dipadatkan. Urusan pelajaran, urusan keluarga yang semakin besar...membuatkan masa sentiasa terisi! ada pendapat mengatakan semakin masa kita terisi, semakin sibuk  bermakna kita semakin bijak menggunakan masa.

Memanfaatkan masa ada kaitannyer dengan matlamat yang kita telah tentukan samada jangka pendek atau panjang. Penentuan matlamat akan menentukan tindakan kita dalam kehidupan seharian kita..Tetapkan matlamat jangka pendek kita setiap hari "apa yang perlu diselesaikan hari ni?' dan apa pula matlamat jangka panjang kita..buatlah catatan ringkas di hadapan laptop yang kita hadap setiap hari sebagai reminder! Seseorang yang datang ke tempat kerja dengan semangat untuk melaksanakan tugasannya yang telah ditetapkan pada hari itu akan melahirkan sikap yang ceria. Urusan pekerjaan yang dibuat dalam keadaan ceria akan menghasilkan kerja yang hebat! telah banyak kajian yang dijalankan olah pakar psikologi membuktikan ia memang benar! cubalah!

selain itu perkara paling utama yang perlu dielakkan adalah sikap suka bertangguh. Yup, perkara yang paling disukai syaitan!...percayalah...sikap suka bertangguh ni muncul bila mana kita tidak ada matlamat...sekali lagi berkaitan dengan matlamat. Kadangkala kita sangat bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang ditetapkan tetapi pelbagai halangan kadangkala membunuh semangat kita...jangan bertangguh....sila cari semula semangat yang hilang itu dengan memohon pada ALLAH supaya memberikan kita kekuatan untuk menghadapinya...Jangan sesekali merungut dan mengeluh kerana ia tidak akan sesekali membantu!!  Sebagai contoh...Jika ditugaskan untuk membuat tugasan yang penting yang sepatutnya di buat oleh boss kita...maka anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita maju kehadapan dengan kepercayaan yang diberikan kepada kita....betulkan sikap kita untuk sentiasa berfikir secara positif, yakin dengan kebolehan diri kerana Allah sememangnya menjadikan manusia ini HEBAT..

Sentiasa berfikiran positif, tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang dan bertindaklah untuk mencapai matlamat tersebut. Keyakinan dan kepercayaan 100% bahawa kita mampu capai matlamat tersebut akan membuatkan tindakan kita selari dengan keyakinan kita! Jangan sekali-kali mendekatkan diri dengan orang2 yang sentiasa berfikiran negatif! Sila jauhkan diri kita dari orang sebegitu kerana ia pasti akan menjejaskan hidup kita! Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain dari segi harta kecuali ilmu agamanya....kita tak akan kemana2...hidup ini sementara, manfaatkan masa kita didunia ini dengan niat untuk mendapat hasil yang boleh dituai diakhirat nanti!


IF U BELIEVE, YOUR MIND WILL CREATE WAYS TO DO IT~David J Schwartz~





Tuesday, August 23, 2011

What a Wonderful Ramadan....

Alhamdulillah....ucapan yang keluar dari mulut tatkala memikirkan nikmat yang Allah telah berikan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini... 

Perubahan

Jika ada orang bertanya...'apakah perubahan yang anda rasai setelah melalui 23 ramadan?'(saat ditulis:23 ramadan)
Rasanya..bolehkah kita memberikan jawapanya? hmm...frankly saying..if it was last years and the previous years..i would say...nothing changed! so pathetic!!
Kasihan kan saya...terlepas pahala yang sangat2 extravagant yang Allah easily bagi kat kita kalau kita beramal....baru lah sekarang terasa rugi yang teramat... 

Jika melihat secara keseluruhanya...semua orang tahu bahawa Ramadan adalah bulan berkat. Buatlah sekadar solat sunat rawatib dimana2 solat fardhu(sebab bukan setiap waktu kita lapang kan?),masyallah pahala sangat lah berganda...

Well...semua orang pun tahu...bahawasanya ramadan adalah bulan yang lebih baik dari seribu bulan so kalau di hitung2 pahalanya pun mesti lebih beribu2kan? Itupun jika di kira berdasarkan teori...but Still...ramai orang yang tak nak GRAB peluang ni..nape yer?

Agaknya...kalau pahala yang secara lahiriahnya kita tak nampak itu Allah tukar ia menjadi sesuatu yang boleh di quantified..contohnya menjadi duit,pasti kita takkan terlepas even single solat wajib pun termasuklah yang sunat2...cuba kita bayangkan kalu satu rakaat solat kita akan diberi ganjaran RM 1000!! memberi sedekah..RM 2ooo, menjaga aurat..RM 3000....yeehaaaa!!!bestnyer!!!

Sesungguhnya...ALLAH tu maha adil..bukan itu yang menjadi ukuran, pahala itu akan kita rasai dengan pelbagai cara..bukan hanya dengan wang ringgit tapi lebih dari itu!

Jika orang yang hatinya dekat dengan DUNIA..duit dan harta pasti menjadi paksi pertimbangan nya dalam setiap perkara untuk dirinya...TETAPI...orang yang hatinya dekat dengan Allah akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk membuat pelaburan akhirat...bukan bermakna tidak mengejar duit..tapi duit itu dikejar untuk mendapatkan manfaat akhiratnya iaitu untuk INFAK iaitu menafkahkan kepada saudara seislam yang lebih memerlukan. Itulah yang dikatakan pelaburan akhirat! dalam erti kata lain...nak mendapatkan perhatian dari ALLAH!

Then...apabila kita ditakdirkan berjaya mendapatkan perhatian dari Allah, pasti Allah limpahkan rahmatnya yang tak terkira pada kita dalam pelbagai cara kan? logik tak? setiap kebaikan akan dibalas dengan 10 kali kebaikan dan itu adalah janji Allah SWT...dan apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha, berserah dan YAKIN...That's all!!

That's true ..."easy said than done". Hakikatnya, DUNIA bukanlah SYURGA....dalam usaha kita untuk terus istiqamah pasti ranjau berduri terpaksa kita tempuh, samada akan membuat kita terus lalai dan leka dengan nikmat dunia ataupun berjaya mengekalkan tahap sedar kita untuk mengejar akhirat yang kadangkala turun dan naik... 

Sekadar ingin berkongsi rasa bersyukur, bulan ramadan telah mencoretkan peristiwa yang sangat2 berharga buat empunya diri, dan yang paling diingati adalah penilaian VIVA untuk pengajian peringkat sarjana yang ditakdirkan berlaku di bulan ramadan 2008, membayangkan kesukaran yang diwar2kan untuk lulus sangat gerun rasanya..tetapi berkat ramadan itu sangat dirasai, apa yang dibayangkan sama sekali berbeza dengan apa yang diwar2kan...penilaian berjalan dengan mudah..alhamdulillah... dengan perut yang kosong otak menjadi lebih tangkas berfikir dan setiap soalan yang dilontarkan boleh dijawab walaupun ada antara isinya yang kurang tepat...dan penilai2 terdiri dari pensyarah2 yang sangat2 membantu..segalanya berjalan dengan lancar!alhamdullillah....

So, apa pula yang dirasai untuk ramadan kali ini?
Jawapan saya....BANYAK!

Dari segi rohani- semacam ada rasa teruja untuk menambahbaik solat fardhu dan segala jenis solat sunat serta membaca terjemahan al-quran(telah berjaya beberapa kali solat sunat malam walaupun keesokanya agak mengantuk! berazam untuk teruskan dimalam 10 terakhir)

Dari segi fizikal- badan terasa lebih ringan dan lebih energetik, tidak selalu migrain dan badan lebih sihat!

Dari segi materialistik- Allah telah membuka lorong untuk menambah sebuah kereta lagi tanpa perlu berhutang dengan bank, dengan power dan ruang kereta  yang lebih besar untuk kemudahan perjalanan jauh...ALhamdulillah 

Dari segi pelajaran- kegembiraan yang paling latest pada 9 ogos 2011 adalah, saya ditawarkan biasiswa MyPhD dengan elaun bulanan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya selama 3 tahun!! Allah telah  makbulkan doa saya! kegembiraan berganda.. (nekad untuk lebih mengumpul pahala)..Juga kepada hubby..diharap permohonan untuk menyambung pengajian akan diluluskan dan marilah kita sama2 mengutip secebis ilmu Allah SWT.

Dari segi kekeluargaan dan anak2- lebih ceria dan bertenaga dengan anak2 yang semakin cerdik memahami keadaan....tidak menggangu ayah dan ibu berjemaah...dan terbaru, zaharuddin sudah boleh membaca surah Al-fatihah...sejuk hati ibu ayah mendengar. Semoga menjadi orang2 yang soleh anak-anakku.


P/s: Mari sama2 kita meng"imarahkan" 10 ramadan terakhir ini, semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmatnya kepada orang2 yand sentiasa bersyukur!





Sunday, July 31, 2011

Ramadan Ya kareem!!!

Alhamdulillah....

RAmadan ooo RAmadan. Sekali lagi, Allah memberikan peluang untuk melalui RAMADAN...bulan yang penuh berkat dan pengampunan.

Bersempena Ramadan ini Ya Allah...hambaMU ini memohon supaya puasaku kali ini lebih baik dari
tahun2 sebelumnya....tidak mahu hanya puasa yang merasa kepenatan...tidak mahu puasa
yang melebih-lebihkan makan ketika berbuka....tidak mahu belebihan dalam berbelanja...

Tetapi,

apa yang hambaMu ini mahukan adalah.....KPI (key performance indicator) yang meningkat dari segi ibadah sunatku, tadarus, berzikir dan bertahmid memujiMU...bersedekah...dan menyekat segala bentuk sikap yang tidak elok bukan hanya di bulan Ramadan ini...malahan untuk bulan2 seterusnya...

Oleh itu Ya ALLah!

Berikan lebih kekuatan untuk kepada ku dan juga keluargaku(abah dan emak) untuk menikmati RAMADAN kali ini,andai inilah Ramadan terakhir!!!!



Wednesday, July 6, 2011

Buat Renungan


Kadangkala kita seakan lelah untuk menghadapi hari-hari mendatang, acapkali masalah datang mencurah-curah...

Hati berdebar-debar....emosi tidak lagi stabil...merasakan diri ini tidak lagi berharga!

Apabila tiba ketika itu...maka mari kita renung sejenak ayat-ayat ini...


Kita mohon KEKUATAN
Allah beri kita kesulitan menjadikan kita lebih kuat

Kita mohon KETEGUHAN
Allah berikan kita masalah untuk diatasi

Kita mohon KEYAKINAN
Allah beri kita ujian untuk memantapkan lagi iman

Kadangkala, kita tidak dapat apa yang diinginkan
Tapi kita dapat apa yang diperlukan

(taken from Mohd arif's facebook wall)

Dan sesungguhnya, Allah mendatangkan ujian kepada hambanya yang disayangi supaya kita berfikir dan mengambil hikmah serta pengajaran yang akan membuatkan kita lebih dekat dengan Nya....alangkah bertuahnya kita sebenarnya!!




Tuesday, May 10, 2011

Finding your strength

It's been a hard time ...thinking over the issue regarding 8 principles to achieve success in life, taken from motivational book of Steven Covey. During our meeting last friday,we've been given a 'lecture' on 8 habits by our group leader Dr.suraini.The 8 habits were listed as follow;

1) Be proactive
2) begin with the end in mind
3) first thing first
4) think win-win
5) seek first to understand and understood later
6) synergize
7) sharpen the saw
8) moving to being effective to being great

yeah! all of above habits seem so easy to be applied.....yet.. the reality is i am still left behind, in order to achieve the 8's, i have to build confident within me.... i'm still looking and searching for my own voice....my own strength....but till now...i'm questioning my self "do i have any strength?" if i had, what is it? tell me..tell me... arghhhhhh!!!! will find it later:(

Being a PhD student, learning as much of knowledge related to our field is a compulsary daily routine..apart of it...english learning( just close ur eye when seeing any grammatical error...hehe)...most of the time staying in the lab...doing our job...ignoring peoples around us...is that a good attitude to carry on...should one day becoming a leader or boss??? of coz not.... right??? there is needs to get others cooperation in order for us to success....do imagine when your supervisor ignores you and your friends did not inform or reminding you about very important meeting you should attend ..sad is't? So let ourself involves in the society, dont get ourself isolated from the world!!

Defining SuCCess

SUCCESS means when you are able to bring peoples around you to be successful tooo.....not only you...dear....make it simple by putting it this way, I am a mother of 2 kids, a wife and daughter to my parent...would you consider me as successful if I neglect my responsibilities toward my kids and husband....and my parent as well? but my career was extremely superb!! What kind of living is that? it is all about YOU! SELFISH!!  At certain stage in your life...you'll realize that you missed something...your kids is no longer looking at you to get the loves they deserve..like normally they did in their childhood. They are now grown up..they have their own way of life..seldomly at home...same goes with your husband...looking for the happiness outside...you are now all ALONE at home...thinking hardly of what have you done to your family....after all...you worked very hard just to earn money for a comfort living is it?

huh! i dont want my life ended that way. I have to set the priority either family or PhD..both are important! anyway...a quality time spent for our family will make each of family members a cheerful person since we always give our greatest concern to each others,and finally...happy life will creates successful human being...right???
As a conclusion, i decided to give my very best efforts to love my family and being loved by them....No 1...second will go to my Phd study..fist thing first(3rd habit)... 

So,I pray...and ask ALLah to show me the right path...and the strength to face any obstacles along my journey! Amin...  

Monday, May 2, 2011

Colours of My life

I am very...very glad to have such a wonderful moments in my life....my deepest gratitude to ALLAH the Almighty for all the happiness and the bless!!

Thank you Allah for the joys!
Thank you Allah for the sadness!
Thank you Allah for the strengths!
Thank you Allah for all the lessons!

Friday, April 29, 2011

Hamba ciptaanMu

Masih banyak rahsia yang perlu disingkap dalam kehidupan ini.....untuk itu...masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebagai kunci untuk menyingkap rahsia2 itu. Tatkala diri terkapai mencari makna kehidupan...Allah sentiasa menunjukkan lorong untuk dilalui tanpa kita sedari....

Syukur Ya Allah!
Syukur Ya Allah!
Syukur Ya Allah!

Hati ini terasa sangat kecil disisi Mu....
biarpun segala dugaan dan keresahan melanda...aku berserah padaMu..mengadu...
dan..aku yakin engkau tidak akan menghampakanku...
takkan ku sangsi dengan Mu Ya Allah!
Apa jua kurniaanMU pada ku.. punyai seribu hikmah disebaliknya..
jangan sesekali Ya Allah, membiarkan nasib ini ditentukan oleh diri sendiri
peliharalah diri, ibu bapa kami, keluarga dan keturunan kami Ya Allah!
Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba ciptaanMu yang sangat lemah!
Amin.....

Thursday, March 24, 2011

Apakah itu bahagia?

Soalan yang sering bermain difikiran.......adalah aku bahagia sekarang?sebelum ini? atau aku sebenarnya pernah bahagia.?
Sesetengah orang mengatakan bahagia itu relatif...iaitu berubah mengikut individu...tika kita kesakitan maka apabila berlalu kesakitan itu BAHAGIALAH kita, jika dinaikkan pangkat dan jawatan sekaligus kemewahan pun dicapai maka BAHAGIALAH kita...akan tetapi benarkan kebahagian itu diklasifikasikan sedemikian rupa?

Realitinya...kehidupan tidak semudah itu...kita diUJI dari pelbagai sudut. Tatkala orang ternama dan mashsyur, automatik dilabel  bahagia kerana punyai kecantikan, kemewahan ataupun ilmu yang tinggi sering terjadi cacian serta cemuhan yang kadangkala membawa kepada jalan yang tidak ada bahagianya ...sudah banyak terjadi...jika seseorang itu dapat berkahwin dengan jejaka tampan atau wanita jelita maka akan BAHAGIAlah perkawinan itu.....jika semudah itu istilah bahagia...maka silaplah percaturan kita...seringkali bahagia cuma berkisar pada perkara dibawah,

Kereta besar(mewah)=bahagia
Rumah besar=bahagia
Pangkat tinggi=bahagia
Jutawan=bahagia

Alangkah dangkalnya kita sebagai manusia jika menilai bahagia itu bersumberkan faktor luaran iaitu "outside- in" dan bukannya dari dalam ke luar"inside-out". Kebahagiaan sepatutnya hadir dari hati. Secara mudah bahagia akan diperolehi jika hati kita tenang dalam menghadapi apa jua perkara...

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: 
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:


” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “



Alhamdullillah...berbalik kepada persoalan diatas...samada aku bahagia atau sebaliknya....dengan yakinnya aku menjawab YES!!! aku BAHAGIA!!!....punyai anak2(aset akhirat),suami, keluarga yang sangat memahami dan penyayang serta sedikit harta dunia walaupun seringkali dipandang hina....kerna berkereta kecil tidak pernah menyahkan bahagia yang dirasai......SYukur pada Mu Ya Allah...kerana sentiasa mencukupkan rezeki buat kami sekeluarga, diberikan kesihatan yang baik, serta diberikan rezeki kefahaman dalam menuntut ilmu....tenangkan lah hati kami, ahli keluarga kami serta sesiapa jua yang berada dijalanMu supaya bahagia itu dapat di perolehi!!!!!

pesanan buat diri- ingatlah bahwasanya cercaan dan kejian manusia itu tidak akan menghilangkan rasa bahagia....tetapi rasa MARAH,GERAM DAN TIDAK SABAR ITU penyebabnya....

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:http://genta-rasa.com



1. Beriman dan beramal salih.


“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)


Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.


2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)


3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)


4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)


5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.


Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)


6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.


Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)


    


 
Kaya hati bermaksud hati yang tenang...merasa cukup dengan apa yang ada dan sabar dengan apa yang Tiada...

Thursday, February 24, 2011

Please help me ALLAH...

I'm busy
BUsy
And
Always buSy
But....do i really busy? OR
it is just need to be organised
Which one should be given the TOP priority?
Family...besides ur parent and the closest one?
Works..assignment+experiment+classes?
Health(don't even have the time for any exercise)?
And
the utmost problem is
I
don't have the time with Allah!
It's terrible...
Please guide me ALLAH!
Hold me ALLAH!
So that i wont get far from YOU! 






Tuesday, January 25, 2011

"Diri"komponen yang memaknakan kehidupan

Motivasi pagi IKIM,

Pagi ini 26 januari 2011..seperti biasa slot motivasi pagi di IKIM berkumandang dicorong radio kereta..Ustaz Zul Ramli sebagai motivator untuk bulan januari ini seperti biasa,menarik perhatian pendengar dengan kisah2 kehidupan yang begitu memberi kesan terus ke lubuk hati.... ingin dikongsi dan disimpan sebagai bacaan untuk disingkap kembali kelak..tatkala memerlukan pengisian hati..kisah pagi ini berkisar tentang peranan diri sebagai komponen yang boleh memaknakan kehidupan, apa sebenarnya peranan kita dalam kehidupan?

Kekurangan orang lain dan kelebihan diri

Kita ketahui bahawa Allah menciptakan manusia dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan,kadangkala kita lebih dan orang lain kurang dan juga sebaliknya...pernahkan kita sebagai hamba Allah berfikir mengapa  Allah menjadikan manusia sedemikian rupa? Tatkala kita mendapat kelebihan dari Allah,bagaimana kita sikap kita dan penerimaan sebagaimana yang kita lakukan? Adakah dengan rasa bersyukur dan ingin berkongsi dengan orang lain kerana merasakan ia bukan hak mutlak kita....ATAUPUN rasa BANGGA dan PUAS kerana merasakan ia datang dari penat lelah kita?
Juga tatkala Allah menguji manusia dengan musibah, apakah reaksi yang akan kita pamerkan?menangis dan kesal juga saling menyalahkan ataupun terima, redha dan berusaha mengharunginya......walau apa jua yang berlaku..kita harus sentiasa meletakkan satu perkara yang utama didalam MINDA kita bahawasanya Allah sedang merancang sesuatu yang baik buat kita...kembali kepada mengapa Allah menjadikan manusia dengan berbeza keupayaan? jawapanya adalah kerana Allah ingin memberi peluang kepada manusia lain untuk menampung kekurangan yang ada pada manusia lain....TAPI pasti ada pula yang bertanya 'kenapa pulak manusia lain kena tampung?' hmmmmm......kenapa yer?

Cantiknya ISLAM

Disinilah kecantikan islam...manusia hanya akan mendapat kegembiraan dan kepuasan apabila berkongsi bersama  orang lain...kegembiraan akan bertambah tatkala kita berkongsi...kesedihan akan berkurang tatkala kita berkongsi...segalanya secara berkongsi kan??? jadi disinilah peluang kita untuk meraih kegembiraan berganda!!! subhanallah! tak pernah terfikir bahawa kekurangan manusia itu lain boleh ditampung oleh kita...
Sebagai ingatan buat diri, ambillah segala peluang yang ada untuk memberi dari yang lebih dan menampal yang kurang itu...tiada bermaknanya harta dunia jika tidak dimanfaatkan untuk akhirat.

Ingin dikongsi kisah yang diperdengarkan oleh Utz Zul Ramli, dimana di satu sekolah selepas keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, pihak sekolah telah mengumpulkan kesemua murid yang berjaya mendapat 5A untuk mengetahui apa yang telah mereka perolehi dari ibu bapa mereka, murid yang pertama apabila ditanya apa yang diperolehi dia menjawab'dia mendapat sebuah basikal' murid kedua pula mendapat hadiah melancong ke Langkawi, murid ketiga dan seterusnya juga mendapat pelbagai hadiah yang menarik....apabila sampai giliran murid yang terakhir...dengan muka yang agak suram seperti tidak mahu menceritakan apa yang diperolehi...dengan perlahan murid ini memberitahu..selepas sahaja dia memperolehi keputusan tersebut, dia terus balik kerumah dan menunjukkan slip tersebut......dan dia menerima sebuah senyuman dari ibunya yang tersangat bernilai didalam hidupnya setelah sekian lama...juga ciuman yang disertai air mata panas ke pipinya....indah nya rasa dunia apabila dapat melihat ibu tersenyum kerana kesusahan yang ditanggung ibu dek mencari rezeki dan menjaga ayah yang sakit sangat menekan hidup!
Kisah ini hanya sekecil2 perkara dalam hidup yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan, maka jadikan lah diri kita ini komponen yang menyumbang kepada memaknakan kehidupan kita dan orang lain....demi mencari tenang dan redha Allah...insyallah!

Monday, November 22, 2010

Dugaan dan Ujian

Berbulan rasanya tidak membuat sebarang post setelah memasuki alam pengajian semula. Kesibukan menyiapkan tugasan, test and presentation begitu mengerah tenaga dan keringat sehingga masa dirasakan berlalu sebegitu pantas dan tanpa disedari semester pertama telah pun berakhir!!...Kini kembali tenang  melakukan aktiviti makmal dan pembacaan untuk memantapkan kefahaman tentang research yang dilakukan. Bila diimbas kembali sepanjang tempoh itu, perasaan yang sering menimbulkan kecelaruan emosi juga tidak dapat dielakkan...dihentam...dikritik sewaktu presentation sangat menjatuhkan semangat, sukar untuk bangun semula...

Perancangan Allah dan Kita

Bila terasa diri ini terasa begitu lemah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya pasti ia akan menjadi satu perkara yang sangat membebankan kerana kita tiada kuasa untuk melawan sesuatu yang telah ditakdirkan. Keyakinan yang  tinggi pada ALLAH pada saat ini perlu ditanam di dalam diri untuk mengelakkan diri menjadi kufur. Sudah telalu banyak nikmat yang Allah beri pada kita...adakah salah jika DIA ingin menguji kita untuk melihat sejauh mana keyakinan kita pada Dia sebagai pencipta dan pemberi segala2  yang kita perolehi sebelum itu?? Sesunguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling sesuai buat kita walaupun kita merasakan perancangan kita itu sangat baik. Siapa kita untuk menentukan mana yang terbaik? Kita ini hamba....hamba yang dicipta!! Sudah tentu pencipta lebih tahu yang terbaik untuk kita.!!!! Jika kita ini diibaratkan kereta,yang dicipta oleh manusia sudah tentu pembuat kereta akan lebih tahu yang terbaik maka akan dibekalkan dengan manual arahan penggunaan dan larangan. Begitu juga dengan hidup ini, Dia yang menentukan segalanya!.

Anggaplah segala masalah yang timbul adalah cabaran dan dugaan yang kelak pasti kita akan rasa kemanisan nya...biarpun terpaksa mengharungi perasaan malu dan hilang keyakinan diri. Bangkitlah kerana kita akan rasai kepuasan yang tidak terhingga setelah mengharunginya dan disinilah kemanisan yang dimaksudkan. Masakan kita dapat merasai kemanisan jika tidak merasai kepahitan terlebih dahulu bukan? Disinilah proses pembelajaran dalam kehidupan berlaku...belajar melalui kesilapan diri dan orang lain serta  menilai kembali ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk kita. Pasti ada hikmahnya pada orang yang sentiasa berfikiran positif!!!


PLEASE KEEP IN MIND.... ALLAH MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA MAHU!!!!

Sunday, August 1, 2010

Muslimah are Allah's most beautiful creatures





Alangkah  bertuahnya kita menjadi muslimah..makhluk Allah yang paling indah....inilah bezanya menjadikan agama sebagai panduan...tetapkan niat bahawasanya kita menutup aurat untuk kelihatan sopan di pandangan Allah bukan untuk menarik perhatian mana2 lelaki untuk dijadikan pakwe atau suami....mampukah lelaki2 itu menjadi teman lelaki atau suami yang baik kelak jika kecantikan diri kita diawalnya menjadi asas penarik dan bukannya kerana sikap atau budi pekerti kita...apa akan jadi bila diri sudah kurang menarik?...sama2 kita perbaiki diri untuk mendapat keberkatan Allah...

Sunday, May 30, 2010

Alangkah sukar nya menjaga AURAT

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]


Berbaju seperti kanak2 berusia 5 tahun...berseluar ketat dan padat. Ini lah trend yang menjadi ikutan muslimah kini. Pada sesiapa yang tidak mengikuti nya...pasti akan di gelar' ketinggalan zaman' and tak mengikuti perkembangan semasa lansung!! Subhanallah! apa yang telah berlaku ni?? Tahap kejahilan melampau!!!! Perempuan yang bertudung(dengan bonggol yang tinggi) dengan rasa bangga ..berjalan lenggang lenggok dan menjeling minah selekeh yang memakai tudung biasa dan berpakaian longgar di sebelahnya sambil berlalu...pasti dalam hati nya bangga aku ni nampak cantik walaupun bertudung...YA ALLAH! Sedihnya melihat manusia sekarang yang hanyut mengikuti arus zaman...Bertapa jahilnya orang islam kini yang hanya menerima fesyen2 terkini tanpa berfikir ianya menjatuhkan maruah agama sendiri..sekaligus menunjukkan islam itu amatlah rendah nilainya di mata bukan islam...menerima segala fesyen terkini yang kononnya kelihatan muslimah...walhal sebaliknya.

Perlukah kita berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh untuk kelihatan menawan dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri? Adakah dengan berpakaian begitu keyakinan di perolehi...adakah ini bermakna orang berpakaian  sebaliknya tidak ada keyakinan diri?.....Bukan kah keyakinan diri ini hadir apabila kita mempunyai ilmu serta pendirian dan prinsip(berlandaskan agama) dalam hidup yang sekaligus terlihat dengan attitude yang sangat menyakinkan....Ini bermakna..orang yang mencari yakin diri dengan pakaian yang menonjol itu adalah orang yang terdesak kerana cetek ilmunya(maaf kiranya ayat ini amat kasar)...

Sesungguhnya islam itu agama yang perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seharian,islam datang secara pakej,jangan lah hanya mengambil sebahagian yang disukai dan ditinggal kan bahagian yang tak di sukai...akan pincanglah kehidupan itu jika islam direalisasikan sedemikian rupa. Jika Allah telah memerintahkan kita menutup aurat, pasti akan kebaikannya untuk kita.. laksanakanya dengan sempurna supaya hasilnya adalah kepuasan dan ketenangan dalam hidup..kasihanilah insan yang bernama LELAKI kerana mereka terpaksa mengawal gelodak nafsu tatkala melihat susuk tubuh yang mengiurkan.Lelaki yang dimaksudkan boleh jadi ayah,adik, abang  dan pakcik2 kita dan kemudian ke mana agaknya nafsu tersebut dilepaskan? Akhirnya akan terpampang di dada akhbar dan TV bayi yang terbuang dan dibunuh. Tidak mustahil orang yang yang merogol atau melakukan hubungan tersebut di cetuskan oleh pakaian kita yang sendat dan mendat tu!yang kemudian telah meransang nafsu lelaki tersebut dan seterusnya dilepaskan kepada orang yang tidak sepatunya!Subhanallah hentikanlah kitaran yang sungguh menyakitkan ini!!!!  
Pernah kah kita terfikir istilah 'sexsual harassment' yang kerap kali digunakan untuk menunjukkan ganggual seksual yang dilakukan lelaki terhadap wanita  sepatutnya diterbalikkan menjadi gangguan yang dilakukan oleh perempuan terhadap lelaki kerana telah menaikkan nafsu mereka?...Islam telah meletakkan maruah wanita setinggi2nya jika patuh kepada peraturan yang telah diturunkan oleh Allah..tak perlulah terpedaya dengan propaganda kesamaan hak lelaki dan wanita oleh barat. ISLAM adalah segalanya,patuhilah ia supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Marilah kita bersama2 menghentikan rantaian2 dosa bermula dengan diri kita sendiri dan keluarga  supaya tidak menjalar ke generasi seterusnya....YA ALLAH PELIHARALAH HIDUP KAMI DAN LINDUNGI LAH KAMI DARI API NERAKA MU!



Wednesday, May 19, 2010

Syukur pada Mu ya Allah!

Tanggal 20 Mei 2010..genaplah usia 4 tahun perkahwinan kami. Dikurniakan anak sebagai penyeri dan penyejuk hati cukup mendamaikan..cepat sungguh masa berlalu...4 tahun yang berlalu dengan pelbagai cabaran dan dugaan mendatangkan teladan dan hikmah yang banyak buat diri ini...terima kasih pada mu suamiku kerana sentiasa menjadi positif untuk mendidik isterimu yang sentiasa beremosi..terima kasih juga padamu suamiku kerana sentiasa ada disisi tatkala terasa diri ini kehilangan semangat dan tujuan..dan terima kasih kerana sudi menjadi pendamping ku bersama2 menjaga dan mendidik anak2 kita tanpa penat dan lelah...semoga perkahwinan kita ini di redhai Allah dengan keberkatan dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah...amin ya Allah!

Terbuka pintu hati...

Perkenalan yang bemula sebagai rakan sejurusan berjalan seperti biasa tanpa ada rasa yang hadir dihati untuk bercinta atau mencintai,sekadar sama2 mengulangi pelajaran (dalam group yang besar)..tidak terlintas walau seinci untuk bercinta kerana fokus utama waktu itu adalah untuk belajar...tapi...tipulah sekiranya hati ini tidak ada secubit  rasa untuk disayangi... kepingin benar untuk bercinta seperti orang lain..keluar bersama..calling2 dan mendamba kasih...tapi aku tidak menyesal malah syukur padaMu ya Allah kerana hati ini masih kuat memegang iman yang tipis ...tidak mengikuti tingkah buruk mereka yang bercinta...Allah masih menjaga ku....syukur Ya Allah!

Setelah menamatkan pengajian peringkata ijazah, aku menyambung pengajian lagi...jodoh sememangnya telah ditentukan Allah..hubungan yang bermula dengan rasa hambar sekadar untuk mencuba melihat dan berfikir serta yakin  bahawasanya dia telah diciptakan untuk ku akhirnya membawa kepada perkahwinan..berkat doa yang berterusan akhirnya berjaya membuka hati ini menerimanya sebagai suami.Terasa bagaikan ketenangan yang menyusup ke jiwa selepas pernikahan kita bagaikan masih baru seperti semalam...indah sungguh percintaan selepas akad dilafazkan..tidak terhingga nikmat yang Allah berikan kepada perkahwian kita selama ini.
 Maaf suamiku atas segala perkara yang mengguris hati yang telah ku lakukan sebelum dan selepas pernikahan kita.... terasa sungguh bahagia dikurniakan suami seperti mu...semoga kita dapat membentuk sebuah keluarga yang sentiasa mencari redha Allah dan tidak tersasar dari jalan Nya...lindungi kami Ya Allah!

Kepada suamiku yang tersayang Zulkarami bin Berahim..isterimu ini tidak pernah menyesal memilih mu sebagai suami..malah Allah memberikan ku seorang suami yang telah menyempurnakan hidupku...semoga Allah berkati kehidupan kita dan menjadikan perkahwinan kita ini medan mengumpul pahala sebanyak mungkin untuk kesejahteraan di akhirat kelak...amin.. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...