Nuffnang Ads

Wednesday, September 3, 2014

SAYA KAGUM!

Hari ini..ketika mempunyai urusan  di kaunter universiti dan ditakdirkan  menunggu giliran dlm turutan yang agak panjang...silih berganti org yang datang dan pergi. Nak di jadikan cerita...takdir Allah yg datang untuk menegur barangkali diri tentang sesuatu yg mungkin saya sendiri telah lupa....memandang dan berfikir tentang hikmah dari Allah... 15 min pertama di kerusi menunggu datang menghampiri dan duduk di sebelah pasangan anak perempuan dan ayah berketurunan arab barangkali melalui pertuturan dan mulus kulitnya putih gebu....si anak..daripada awal sehinggalah berakhirnya urusan yg secara totalnya memakan masa sejam lebih, sentiasa melontarkan soalan demi soalan ( dalam bahasa arab)kepada si ayah yg tidak pula jemu2 untuk menjawab...melihat reaksi muka yg pelbagai dari si anak menandakan anak sedang berfikir secara serius apa yg diperkatakan si ayah....dannn...dush! Tiba2 Allah dtgkan rasa  seperti satu tamparan pada hati dan emosi 'adakah kamu melakukan perkara begini kepada anak2 kamu?'..dalam hati menjawab....yer..saya masih belum istiqamah menjawab dgn bijak dan ambil mudah segala soalan dari anak2..bilamana fikiran runsing dgn pelbagai perkara..soalan anak di matikan begitu sahaja... ...saya kurang sikap ini dan saya mengakuinya, ia kelemahan yang harus diubah...sikap si ayah yg saya kagumi! Ia memberi satu hikmah juga teladan pada diri sendiri....ini cara terbaik untuk membangunkan fikiran yang kritis dgn berfikir dan bertanya dlm diri kanak2...usah dipatahkan bulat2 soalan pertama anak2 kepada kita dengan jawapan 'ENTAHLA' harus kiranya kita gantikan dgn 'ermm...ibu tak pasti jawapanya...nanti ibu cari dan fikirkan..' biar sepenat mana keadaan diri kita waktu itu...buat ibu dan ayah...sentiasalah berusaha untuk mencari damai dan tenang dalam kehidupan supaya anak2 dapat diraikan sebaiknya...terima kasih Allah untuk segala2 yg telah kau berikan.
"Hargailah sebuah kehidupan"


Sunday, April 6, 2014

Masa berkualiti bersama anak-anak

Alhamdulillah...sudah lama rasanya  tidak menikmati rasa seronok bersama dgn anak2...kebiasaan rutin adalah membuat kerja sekolah bersama insyirah dan zahar hanya sekitar satu jam dan masuk tidur jam 10. Tiada aktiviti bebas kerana masing2 kepenatan. Hanya wekeend yg menjadi hari paling best untuk pelbagai aktiviti.

Zahirah juga dah mula tunjuk minat dgn buku bilamana ibu membacakan buku untuk kakak dan abang...ia berjaya meransang minat anak2..dgn hanya beberapa minit sehari..kakak dan abang juga sudah kerap mengambil buku setiap kali sudah bosan bermain..

tips untuk ibu supaya tidak patah semangat membacakan buku sekadar beberapa page sehari adalah dgn tidak mengharapkan response dari mereka..anggaplah mereka akan mengunakan ilmu yg diajar bila sampai masanya..dont worry ibu!kita akan rasa tenang sewaktu sesi tersebut..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...