Nuffnang Ads

Thursday, November 10, 2011

Bil Celcom yang melambung tinggi!

Assalamualaikum wbt,

Hari ini kami ber'kunjung' ke celcom branch untuk mengetahui punca yang menyebabkan bill celcom postpaid telefon mencecah ke hampir RM 300. Yang pasti ia disebabkan penggunaan "3G data usages". So, kami (dgn husband) tanya lah pada orang celcom apa yang menyebabkan bil naik sampai 3 kali ganda sedangkan kami hanya guna Wifi yang sepatutnya freee!
Dengan senyuman dia menjawab.." hmm, kalau pakai hp android dia akan auto triggered celcom 3G tu instead of Wifi, kalau signal strength for 3G tu lebih kuat berbanding wifi yang free tu'....faham tak?( garu2 kepala sebb macam pening statement tu)
Maksudnya, kita sebenarnya tanpa sedar telah menggunakan 3G line di dalam kawasan WIFI yer! without our knowledge and without our concern.! patutkan sebegitu? sedangkan setting for data packet telahpun di untick.....huawaaaa!!!sedihnya...rasa kena tindas...bayar free2 ke celcom.

Kemusyikilanya disini....kenapa celcom tidak ada system yang memberitahu pengguna atau at least informed pengguna yang kita sedang gunakan line 3g so nak teruskan atau tidak? ini tidak...pengguna seolah ditindas dengan system celcom yang langsung tak beri pilihan untuk go for free wifi or 3G (walaupun waktu tu 3g strength lebih kuat banding wifi). Serius rasa seperti tertindas. Terasa macam hendak menulis ke tribunal pengguna dan claim dengan celcom...patutkah? kerana saya merasakan akan ramai lagi pengguna celcom yang terkejut dengan bil yang melambung tanpa sebab yang munasabah dan alasan yang sama diberikan.

Dihujung perbualan dengan pegawai celcom tersebut, saya bertanya "apakah penyelesaian untuk masalah ni?". Jawapannya....samada anda jgn pakai smartphone, beli plan internet celcom...ataupun jangan on wifi walaupun dimana anda berada!


p/s: Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku datang dari Allah!!...Ya Allah aku mohon padaMu supaya dijauhkan dari segala bentuk penindasan!! Amin..Ya Rabb! 


Tuesday, August 23, 2011

What a Wonderful Ramadan....

Alhamdulillah....ucapan yang keluar dari mulut tatkala memikirkan nikmat yang Allah telah berikan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini... 

Perubahan

Jika ada orang bertanya...'apakah perubahan yang anda rasai setelah melalui 23 ramadan?'(saat ditulis:23 ramadan)
Rasanya..bolehkah kita memberikan jawapanya? hmm...frankly saying..if it was last years and the previous years..i would say...nothing changed! so pathetic!!
Kasihan kan saya...terlepas pahala yang sangat2 extravagant yang Allah easily bagi kat kita kalau kita beramal....baru lah sekarang terasa rugi yang teramat... 

Jika melihat secara keseluruhanya...semua orang tahu bahawa Ramadan adalah bulan berkat. Buatlah sekadar solat sunat rawatib dimana2 solat fardhu(sebab bukan setiap waktu kita lapang kan?),masyallah pahala sangat lah berganda...

Well...semua orang pun tahu...bahawasanya ramadan adalah bulan yang lebih baik dari seribu bulan so kalau di hitung2 pahalanya pun mesti lebih beribu2kan? Itupun jika di kira berdasarkan teori...but Still...ramai orang yang tak nak GRAB peluang ni..nape yer?

Agaknya...kalau pahala yang secara lahiriahnya kita tak nampak itu Allah tukar ia menjadi sesuatu yang boleh di quantified..contohnya menjadi duit,pasti kita takkan terlepas even single solat wajib pun termasuklah yang sunat2...cuba kita bayangkan kalu satu rakaat solat kita akan diberi ganjaran RM 1000!! memberi sedekah..RM 2ooo, menjaga aurat..RM 3000....yeehaaaa!!!bestnyer!!!

Sesungguhnya...ALLAH tu maha adil..bukan itu yang menjadi ukuran, pahala itu akan kita rasai dengan pelbagai cara..bukan hanya dengan wang ringgit tapi lebih dari itu!

Jika orang yang hatinya dekat dengan DUNIA..duit dan harta pasti menjadi paksi pertimbangan nya dalam setiap perkara untuk dirinya...TETAPI...orang yang hatinya dekat dengan Allah akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk membuat pelaburan akhirat...bukan bermakna tidak mengejar duit..tapi duit itu dikejar untuk mendapatkan manfaat akhiratnya iaitu untuk INFAK iaitu menafkahkan kepada saudara seislam yang lebih memerlukan. Itulah yang dikatakan pelaburan akhirat! dalam erti kata lain...nak mendapatkan perhatian dari ALLAH!

Then...apabila kita ditakdirkan berjaya mendapatkan perhatian dari Allah, pasti Allah limpahkan rahmatnya yang tak terkira pada kita dalam pelbagai cara kan? logik tak? setiap kebaikan akan dibalas dengan 10 kali kebaikan dan itu adalah janji Allah SWT...dan apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha, berserah dan YAKIN...That's all!!

That's true ..."easy said than done". Hakikatnya, DUNIA bukanlah SYURGA....dalam usaha kita untuk terus istiqamah pasti ranjau berduri terpaksa kita tempuh, samada akan membuat kita terus lalai dan leka dengan nikmat dunia ataupun berjaya mengekalkan tahap sedar kita untuk mengejar akhirat yang kadangkala turun dan naik... 

Sekadar ingin berkongsi rasa bersyukur, bulan ramadan telah mencoretkan peristiwa yang sangat2 berharga buat empunya diri, dan yang paling diingati adalah penilaian VIVA untuk pengajian peringkat sarjana yang ditakdirkan berlaku di bulan ramadan 2008, membayangkan kesukaran yang diwar2kan untuk lulus sangat gerun rasanya..tetapi berkat ramadan itu sangat dirasai, apa yang dibayangkan sama sekali berbeza dengan apa yang diwar2kan...penilaian berjalan dengan mudah..alhamdulillah... dengan perut yang kosong otak menjadi lebih tangkas berfikir dan setiap soalan yang dilontarkan boleh dijawab walaupun ada antara isinya yang kurang tepat...dan penilai2 terdiri dari pensyarah2 yang sangat2 membantu..segalanya berjalan dengan lancar!alhamdullillah....

So, apa pula yang dirasai untuk ramadan kali ini?
Jawapan saya....BANYAK!

Dari segi rohani- semacam ada rasa teruja untuk menambahbaik solat fardhu dan segala jenis solat sunat serta membaca terjemahan al-quran(telah berjaya beberapa kali solat sunat malam walaupun keesokanya agak mengantuk! berazam untuk teruskan dimalam 10 terakhir)

Dari segi fizikal- badan terasa lebih ringan dan lebih energetik, tidak selalu migrain dan badan lebih sihat!

Dari segi materialistik- Allah telah membuka lorong untuk menambah sebuah kereta lagi tanpa perlu berhutang dengan bank, dengan power dan ruang kereta  yang lebih besar untuk kemudahan perjalanan jauh...ALhamdulillah 

Dari segi pelajaran- kegembiraan yang paling latest pada 9 ogos 2011 adalah, saya ditawarkan biasiswa MyPhD dengan elaun bulanan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya selama 3 tahun!! Allah telah  makbulkan doa saya! kegembiraan berganda.. (nekad untuk lebih mengumpul pahala)..Juga kepada hubby..diharap permohonan untuk menyambung pengajian akan diluluskan dan marilah kita sama2 mengutip secebis ilmu Allah SWT.

Dari segi kekeluargaan dan anak2- lebih ceria dan bertenaga dengan anak2 yang semakin cerdik memahami keadaan....tidak menggangu ayah dan ibu berjemaah...dan terbaru, zaharuddin sudah boleh membaca surah Al-fatihah...sejuk hati ibu ayah mendengar. Semoga menjadi orang2 yang soleh anak-anakku.


P/s: Mari sama2 kita meng"imarahkan" 10 ramadan terakhir ini, semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmatnya kepada orang2 yand sentiasa bersyukur!





Sunday, July 31, 2011

Ramadan Ya kareem!!!

Alhamdulillah....

RAmadan ooo RAmadan. Sekali lagi, Allah memberikan peluang untuk melalui RAMADAN...bulan yang penuh berkat dan pengampunan.

Bersempena Ramadan ini Ya Allah...hambaMU ini memohon supaya puasaku kali ini lebih baik dari
tahun2 sebelumnya....tidak mahu hanya puasa yang merasa kepenatan...tidak mahu puasa
yang melebih-lebihkan makan ketika berbuka....tidak mahu belebihan dalam berbelanja...

Tetapi,

apa yang hambaMu ini mahukan adalah.....KPI (key performance indicator) yang meningkat dari segi ibadah sunatku, tadarus, berzikir dan bertahmid memujiMU...bersedekah...dan menyekat segala bentuk sikap yang tidak elok bukan hanya di bulan Ramadan ini...malahan untuk bulan2 seterusnya...

Oleh itu Ya ALLah!

Berikan lebih kekuatan untuk kepada ku dan juga keluargaku(abah dan emak) untuk menikmati RAMADAN kali ini,andai inilah Ramadan terakhir!!!!



Wednesday, July 6, 2011

Buat Renungan


Kadangkala kita seakan lelah untuk menghadapi hari-hari mendatang, acapkali masalah datang mencurah-curah...

Hati berdebar-debar....emosi tidak lagi stabil...merasakan diri ini tidak lagi berharga!

Apabila tiba ketika itu...maka mari kita renung sejenak ayat-ayat ini...


Kita mohon KEKUATAN
Allah beri kita kesulitan menjadikan kita lebih kuat

Kita mohon KETEGUHAN
Allah berikan kita masalah untuk diatasi

Kita mohon KEYAKINAN
Allah beri kita ujian untuk memantapkan lagi iman

Kadangkala, kita tidak dapat apa yang diinginkan
Tapi kita dapat apa yang diperlukan

(taken from Mohd arif's facebook wall)

Dan sesungguhnya, Allah mendatangkan ujian kepada hambanya yang disayangi supaya kita berfikir dan mengambil hikmah serta pengajaran yang akan membuatkan kita lebih dekat dengan Nya....alangkah bertuahnya kita sebenarnya!!




Wednesday, June 1, 2011

Ibu sayang kamu Zainatul Insyirah

google image
Seusai solat berjemaah bersama suami dan anak2, kami berzikir..memanjatkan rasa syukur pada Allah s.w.t..allahuakhbar..allahhuakhbar...subhanallah..subhanallah..alhamdullilah..alhamdullillah...!!

Sepanjang zikrullah dilafazkan,ku lihat anak2 kecilku berusaha bersama2 untuk turut serta berzikir..masyaallah..tatkala itu...satu perasaan syahdu mula menyelinap menelusuri hati dan emosi..tersentuh! Ku renung insyirah, fikiranku mula mengimbas kembali detik2 insyirah dilahirkan 4 tahun lepas. Bagaimana perasaan gembira dan sedih bercampur aduk..ada waktu gembira,tertekan,marah,kecewa dan pelbagai perasaan yang tidak dapat diluahkan.. 

Dua tahun pertama perkahwinan merupakan tahun penuh cabaran buat diri ini. Disahkan mengandung selepas sebulan bernikah mengundang rasa gembira teramat dan mula menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu keibubapaan. Sangat teruja apabila bayi dilahirkan..juga perasaan yang tidak dapat digambarkan sejurus baby dilahirkan..hilang segala kesakitan...

Masa berlalu dengan pantas,hari berganti hari, 2 tahun perkahwinan yang penuh dengan pergolakan emosi...menjadi pemarah dan perengus..insyirah selalu dimarahi..pantang silap pasti akan keluar jeritan dari mulutku...Ya Allah...

Hingga ke hari ini...aku masih ingat bagaimana insyirah yang berumur 2 tahun ketika itu cuba mengelak2 apabila hendak dipukul..atas sebab yang kecil...pernah juga aku  meluahkan rasa kesal yang tidak terhingga kepada suami kerana menyebabkan tangan insyirah melecur...tanpa kusedari seterika yang ketika itu suam2 kuku sengaja kuletakkan ke tangan insyirah dengan harapan dia tidak lagi bermain seterika...tetapi struktur kulit orang dewasa tidaklah sama dengan kulit seorang budak kecil! Terus menggelembung kulit insyirah dan dia menangis! aku kalut..terkejar2 mengambil minyak gamat, lantas ku sapukan ke tempat melecur itu dengan perasaan sayu...naluri keibuanku kembali semula..kepeluk insyirah dan ku katakan padanya " ibu minta maaf yer?" dia mengangguk.

Subhanallah....bertapa teruknya aku kerana tidak berjaya menahan marah...sudah mencuba berkali2 tapi masih gagal...gagal menjadi seorang ibu dan seorang isteri yang baik...aku cuba mengenalpasti masalahku...

Apabila diselidiki,marah itu selalu terjadi apabila aku lapar dan letih..dan masalah yang utama adalah aku mudah berasa lapar...dan sentiasa berasa pedih perut(juga gastrik)....pengambilan kafein secara fakta dilihat menjadi faktornya dimana ia akan meningkatkan tahap metabolisme badan dan membuatkan seseorang merasa energetik atau bertenaga dan kesan daripada itu adalah LAPAR!

Jadi setelah mengenalpasti masalah...aku cuba mengurangkan dan hasilnya sekarang aku tidak lagi mengambil minuman yang berkafein tinggi seperti kopi...dan ALHAMDULLILLAH! aku mulai stabil dari segi emosi...insyirah juga sudah tidak lagi menunjukkan tantrumnya seperti dahulu..bilamana ia akan menengking aku semula jika aku menegurnya...."what we give,we get back" jadi aku cuba mengubah diri........

Dan tahun ini merupakan tahun kelima perkahwinan kami. Dikurniakan sepasang cahaya mata..sungguh menggembirakan...ALLAH s.w.t telah banyak membuka lorong dan rezeki yang tidak disangka2. Kadangkala lidah menjadi kelu untuk mengucapkan ALHAMDULLILAH!

Insyirah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ku selepas solat berakhir....tanpa ku sedari aku menangis apabila memikirkan bahawa ALLAH s.w.t telah mengurniakan aku kehidupan yang HEBAT! bersama2 suami dan anak2 yang hebat!! Insyirah lantas bertanya "nape ibu nangis?' aku menekup muka....suami juga melontarkan soalan yang sama..sambil mengesat air mata..Jawapan ku.." tak sangka anak kita dah besar,boleh solat ramai2". Kesusahan membesarkan anak2 hanyalah sementara.... di awal peringkat usia kanak2  adalah tahun yang paling kritikal membentuk perkembangan minda dan emosinya...maka hadapilah ia dengan penuh kesabaran.Didiklah Anak2 mencintai ALLAH s.w.t...Insyallah kita sebagai ibu bapa juga akan dicintainya...insyirah masih menunggu aku untuk bersalaman..ku sambut salamnya itu...ku cium pipi dan dahinya..lalu insyirah tersengih...itulah perkara yang dia sangat suka sejurus selepas bersolat bersama...

Buat suamiku..selamat ulangtahun perkahwinan ke 5 pada 20 May yang lepas..semoga kita mampu mengekalkan rumah tangga yang dibina ini untuk mendapatkan redha ALLAH s.w.t dalam usaha mencapai kebahagiaan di akhirat kelak



Pesanan buat diri: Ingatlah pengorbanan ibubapa..begitu payah mendidik anak2 seperti mana mereka berpayahan mendidik kita maka kita ingatilah mereka dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat seusai solat. Terasa masih sangat rindu dengan mak! walaupun berjumpa setiap minggu!

Monday, May 30, 2011

Aktiviti dihari minggu

(sebelum proses menutup rumput)-membersihkan kawasan

Alhamdullillah...hujung minggu dirasakan sangat bermakna! Sangat happy kerana dapat lakukan sesuatu yang baru..buat diri sendiri dan anak-anak. Terasa ada semacam perasaan yang menguatkan ikatan kasih sayang antara kami...yup! inilah apa yang saya nak! masa yang berkualiti bersama anak2..insyaallah!

Aktiviti membersihkan halaman belakang rumah jer pun nak kata bermakna? for me... YES! sangat bermakna! Mana taknyer? Insyirah sambil tangan mengorek tanah..duduk bertentangan dengan saya  mengeluarkan statement yang berbunyi" ibu...seronokkan kalau kita selalu macam ni.."?suddenly terfikir..aktiviti belakang rumah macam ni pun boleh buat budak2 happy ek? sebenarnya.. tak susah untuk buat anak2 happy...just let them involved dalam apa jua perkara yang kita lakukan...buat sama2 walaupun kadangkala memang terasa kalut,arahkan mereka untuk ambil sesuatu barang dan letakkan semula ke tempatnya(salah satu cara menyemai sikap bertanggungjawab)...  zaharuddin pun.. walaupun kurang mendengar arahan, dengan penuh semangat kehulu kehilir mengekori ayahnya yang sibuk nak memasang pelapik silvershine yang bertujuan untuk mengelakkan rumput tumbuh.

(ramainya pembantu ayah...)

Anyway..ini adalah projek bersama kami suami isteri untuk setup our own fertigation system untuk tanaman makanan seperti cili,terung,bendi,timun dan sayur-sayuran. Ini juga merupakan salah satu langkah penjimatan yang kami lakukan dalam usaha untuk berjimat-cermat selari dengan apa yang di war2kan oleh kerajaan...hehe...tanam sediri lepas tu jual....banyak boleh jimat ooiii!! untung...:)...

Sebenarnya,kami jalankan projek ni sebab MiNAT. Rugi rasanya jika kita mempunyai ilmu yang tidak dipraktikkan..since En Zulkarami saya memang bekerja didalam bidang pertanian fertigasi dan saya sendiri adalah penyokong tegar!...maka kami ter'motivate' untuk laksanakan sendiri sistem ni...dan alhamdulillah ini LANGKAH PERTAMA kami, walaupun nampak kecil berpeluh jugak lah kami ..dan yang paling penting kami sekeluarga  dapat mengisi masa hujung minggu dengan seronoknya!! Alhamdullilllah!!

Finally..siap pun!

Sunday, May 15, 2011

My new hobby

Assalamualaikum wbt....

Now...saya dah ada hobby baru!!! hopefully saya dapat maintain dengan hobby ni...nak tau ker apa hobby baru tu? teka? hehe.....saya sudah jatuh cinta dengan pertanian....disamping menjadikan ia sebagai satu aktiviti masa lapang bersama keluarga, ia juga dapat menyihatkan badan!! teruja sangat2 bila hasil tu depan mata...cuba tengok gambar2 ni.... 

hasil....hasil...tak perlu beli kat pasar lagi...
pokok terung ku!!
hasil lagi!!


since,pokok2 ni dah mula nak tua...saya pun mula berfikir untuk menyemai benih2 lain. Jadi saya amik keputusan untuk tanam dua jenis tanaman selepas ini...timun dan bendi..since my hubby and kiddies suka sangat dengan those two.

 started to grow...

This is my first attempt with " all my heart" to grow plants, i did try before..but without any passion and its failed..besides..i did't allow anyone to teach me.. especially my hubby(sorry yer En zul)..nak buat sendiri konon....now i realized that i really...really needs you En Zulkarami as my gardening teacher!!! Kepuasan yang tidak terhingga bila tengok ia tumbuh dengan sihatnya..suka!!!
Tumbuh yer baby!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...