Nuffnang Ads

Wednesday, April 10, 2013

Final Semester of PhD's...3 kids...happy marriage, InsyaAllah

my three babies!! love u all sayang!!



What a post title is that!!??....hmmmm...the title actually represents what was in my mind started almost 3 years ago till NOW!....it was like never ending story. NO STOP. Having 3 kids during your study is the toughest moment to go through especially when both of us (my hubby) doing it in the same time.

LABWORK..LAB..LABWORK....WRITING...READING...MANUSCRIPT...THESIS..
.IMPACT FACTOR JOURNAL...this is part of my study....addition...ANAK2 TAK SIHAT(ibu kena CUTI)....PROSES PENDAFTARAN INSYIRAH KE TAHUN 1 2014......APPLICATION TO SEKOLAH RENDAH INTEGRASI BANGI (SRAI) with the requirement to  SUCCESS WITH THE EXAM AND INTERVIEW...(hoho...ibu yakin insyirah boleh!)- so this is part of my children education that i have to properly planned for their future...TIDAK BOLEH BERKOMPROMI dalam hal  ini yer..don't sacrifices their future because of your laziness ok....BIG REMINDER TO ME!...
Anything else to add...? Yes sure, your role as a wife, mother and daughter to your parent...so that is how the post title come out! it is all spinning around in my head..mixing..blending..and the out put will be?

           -A GREATER PERSON WITH THE ABILITY TO MANAGE LIFE-

Be positive....Allah is always around...Thank you Allah for giving me such a beautiful kids and husband...and a GREAT LIFE for sure....ALHAMDULILLAH!

LESSON: be grateful whenever the busy'ness come around..coz you will find it so valuable when you have nothing to do....:)....Never complaint!





Sunday, September 30, 2012

I'm Back!


Assalamualaikum wbrt


Wow! tanpa sedar sudah hampir setahun tak menulis di blog...semenjak mengandung dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 10 sept lepas....Alhamdulillah..syukur kepada Mu ya Allah.
Terasa sangat bertenaga untuk memulakan kembali aktiviti penyelidikan di makmal dan membuat persediaan untuk penulisan thesis...TETAPi...rasa sedih sbb akan melepaskan Zahirah dijaga pengasuh seawal umur 2 bulan...sebak! ..... ibu ada amanah yang perlu diselesaikan, semoga Zahirah sentiasa didalam lindungan Allah sayang! Doakan ibu supaya dapat menyiapkan thesis dan PhD ibu dengan secepat mungkin ya sayang...


Thursday, January 19, 2012

Rayuan Nurani


Terkadang... kita sering lupa siapakah kita..hamba ciptaan yang diciptakan oleh pencipta yang Maha kuat dan sempurna..Allah S.W.T

Tiba-tiba hati tersentuh mendengar lirik lagu rayuan nurani oleh kumpulan nasyid Saff one ini...terdetik didalam hati bahawa Allah ingin sentiasa menyedarkanku dari lalai dengan nikmat dunia  dan aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih dilembutkan hati untuk menerima segala kesilapan diri..dan membaikinya..

Hakikatnya, kita meminta kekuatan dari Allah untuk membantu kita berada dijalan yang lurus....bukan jalan yang berliku...Ya Allah!!! bantulah hambaMu yang lemah ini!!!!

Hayatilah lirik lagu ini....fikirkan... dan tanamkan keyakinan kita hanya pada ALLAH!





Friday, January 6, 2012

Bersabarlah..wahai ibu

google picture
Alhamdulillah....syukur Ya Allah dengan kehidupan ini...

Terdetik di dalam hati ini, Allah telah berikan kami kegembiraan dan ketenangan dalam hidup dengan hilai tawa anak2 yang sangat-sangat mendamaikan.. tatkala mendengar berita dari ibu mertua tentang keadaan bayi kepada seseorang yang sedang kritikal akibat lemas ketika bersalin...subhanallah...ujian Allah datang dalam pelbagai cara....tanpa diminta...semoga dia tabah dan redha melalui ujian ini dan semoga bayi tersebut dipanjangkan umur oleh Allah untuk menatap wajah ibu dan ayahnya! 

Bertahun2 mendambakan seorang zuriat  penyambung keturunan  dan bila tiba masanya untuk menatap dunia...perancangan Allah melebihi segalanya....perit hati ibu melihat lemah longlai bayi yang dikandung selama 9 bulan itu.....air mata bercucuran tanpa henti...

Namun...Kuatkan hatimu wahai ibu...pasakkan didalam minda dan jiwamu dengan keyakinan kepada penciptamu...hanya Dia yang maha mengetahui...teruskan berdoa dan berdoa...semoga awan yang mendung berarak pergi....Insyaallah!




Monday, December 19, 2011

Tips untuk meningkatkan keyakinan diri dan hilangkan ketakutan

Assalamualaikum wbt..

Diselitkan pada catatan kali ini tips mudah untuk meningkatkan keyakinan diri dan hilangkan rasa takut untuk melakukan sesuatu. Keupayaan kita untuk menepis rasa takut untuk bertindak akan memudahkan jalan untuk kita menjadi orang yang berjaya. Untuk menjadi orang yang pro-aktif cuba kita ambil pakai beberapa prinsip mudah yang di tulis oleh Prof David J. Schwartz dalam bukunya 'The magic of thinking big':

1)"Tindakan" akan membuang rasa takut
 -langkah pertama adalah kenalpasti rasa takut itu, sebagai contoh mudah, kita ditugaskan untuk memulakan urusan dengan seseorang yang amat penting ataupun 'orang besar', bagi mereka yang baru pertama kali pasti akan timbul rasa' layakkah aku berurusan dgn dia ni?aku ni org kecik jer...'----oppsss!! jangan sesekali merendahkan diri kita...cuba kita fikir...bagaimana agaknya orang2 besar itu boleh menjadi orang yang berjaya?pasti ia bermula dengan langkah pertama! jadi tunggu apa lagi? mulakan langkah pertama kita...buang rasa takut dan yakinkan diri kita...kita mampu untuk menjadi seperti mereka! teruskan bertindak! buat temujanji...dan seterusnya....insyaallah pasti akan berjalan lancar!! Dengan kata lain "redah jer"....

2) Jadikan amalan untuk hanya berfikir yang positif
-Jangan sekali2 berfikir negatif tentang sesuatu perkara yang dibincangkan. Jika kita berbincang tentang seseorang...cuba sedaya upaya untuk tidak pergi ke sisi buruk mereka. Bayangkan perkara2 yang baik tentang seseorang...dan ucapkan sbg contoh...sipolan tu bagus lah cara dia bercakap...penuh yakin!aku suka sangat tengok dia!....sekali lagi peringatan...jangan bercakap tentang perkara yang NEGATIF!

3) Letakkan seseorang dalam perspektif yang baik(put people in proper perspective)
-manusia ini sebenarnya sama jer....dapatkan pandangan individu lain untuk lebih seimbang dan cuba bentuk sikap untuk memahami jika kita berada di dalam sesuatu situasi. (many people will bark but it's rare one who bites) contoh: orang yang marah disbbkan sesuatu perkara....tindakan perlu kita buat adalah bertenang...fikirkan segala kemungkinan positif yang orang itu hadapi sebelumnya yang telah membuatkan orang itu marah. Insyallah sekali lagi kita akan dilihat sangat cool!orang lain akan melihat kita dengan kagum kerana tidak turut serta dalam adegan yang panas itu...hebatlah lah si polan tu! boleh bersabar dengan orang macam tuh?hmm..kalu akulah..tak tau lah apa dah jadi!~~~Cuba kita lihat situasi yang cukup sinonim sekarang....orang marah kita..kita pun balas semula.....kesimpulanya jadilah kita sama seperti mereka.....dan cuba kita renung kembali akhlak rasullullah ketika baginda dibaling dengan najis oleh orang yang membencinya...baginda tidak membalas malahan bersikap lebih lembut....jika kita tidak mampu 100% mengambil teladan dari kisah baginda, apalah salahnya jika kita mengambil 1% akhlak baginda untuk dipraktikkan...

4)Buatlah apa yang kita fikir betul
-selagi mana kita rasa apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan bersama  dan tidak salah disisi agama maka sila abaikan apa yang orang akan perkatakan!

5)Ucaplah dengan yakin"SAYA SANGAT YAKIN DENGAN DIRI SAYA"ulang setiap hari berkali2 dan lakukan beberapa langkah seperti dibawah

- sentiasa duduk dihadapan dalam apa jua keadaan( mesyuarat, kelas)
-membuat hubungan mata ketika bercakap(untuk muslimah sila jangan sampai merenung mata orang yang bukan muhrim...sangat salah!)~berpada2 lah
-berjalan  25% lebih laju (kebiasaannya, orang yang berjalan perlahan adalah orang yang kurang keyakinan diri)
-mengutarakan pendapat dalam setiap kelas atau meeting yang dihadiri..walaupun sedikit
-sentiasa senyum!!!


Jika kita lihat dah perhati...orang yang berjaya tidak sesekali menghiraukan apa kata orang dan......orang yang sederhana sentiasa akan risau dengan kata2 orang.

Kesimpulanya, kita yang menentukan arah tujuan kita.....sila pilih dan bertindak sekarang! jangan bertangguh!Mohon  sedikit kekuatan dari Allah kerana Sesungguhnya ALLAH maha kuat!


Peringatan ikhlas untuk diri sendiri,

Wednesday, December 14, 2011

Demi masa

Assalmualaikum wbt

Alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di bumi Allah ini...gembira dan bahagia bersama suami dan anak2 juga rakan. Agak lama meninggalkan blog ini...semakin banyak perkara yang menuntut untuk diselesaikan hinggakan masa terpaksa dipadatkan. Urusan pelajaran, urusan keluarga yang semakin besar...membuatkan masa sentiasa terisi! ada pendapat mengatakan semakin masa kita terisi, semakin sibuk  bermakna kita semakin bijak menggunakan masa.

Memanfaatkan masa ada kaitannyer dengan matlamat yang kita telah tentukan samada jangka pendek atau panjang. Penentuan matlamat akan menentukan tindakan kita dalam kehidupan seharian kita..Tetapkan matlamat jangka pendek kita setiap hari "apa yang perlu diselesaikan hari ni?' dan apa pula matlamat jangka panjang kita..buatlah catatan ringkas di hadapan laptop yang kita hadap setiap hari sebagai reminder! Seseorang yang datang ke tempat kerja dengan semangat untuk melaksanakan tugasannya yang telah ditetapkan pada hari itu akan melahirkan sikap yang ceria. Urusan pekerjaan yang dibuat dalam keadaan ceria akan menghasilkan kerja yang hebat! telah banyak kajian yang dijalankan olah pakar psikologi membuktikan ia memang benar! cubalah!

selain itu perkara paling utama yang perlu dielakkan adalah sikap suka bertangguh. Yup, perkara yang paling disukai syaitan!...percayalah...sikap suka bertangguh ni muncul bila mana kita tidak ada matlamat...sekali lagi berkaitan dengan matlamat. Kadangkala kita sangat bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang ditetapkan tetapi pelbagai halangan kadangkala membunuh semangat kita...jangan bertangguh....sila cari semula semangat yang hilang itu dengan memohon pada ALLAH supaya memberikan kita kekuatan untuk menghadapinya...Jangan sesekali merungut dan mengeluh kerana ia tidak akan sesekali membantu!!  Sebagai contoh...Jika ditugaskan untuk membuat tugasan yang penting yang sepatutnya di buat oleh boss kita...maka anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita maju kehadapan dengan kepercayaan yang diberikan kepada kita....betulkan sikap kita untuk sentiasa berfikir secara positif, yakin dengan kebolehan diri kerana Allah sememangnya menjadikan manusia ini HEBAT..

Sentiasa berfikiran positif, tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang dan bertindaklah untuk mencapai matlamat tersebut. Keyakinan dan kepercayaan 100% bahawa kita mampu capai matlamat tersebut akan membuatkan tindakan kita selari dengan keyakinan kita! Jangan sekali-kali mendekatkan diri dengan orang2 yang sentiasa berfikiran negatif! Sila jauhkan diri kita dari orang sebegitu kerana ia pasti akan menjejaskan hidup kita! Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain dari segi harta kecuali ilmu agamanya....kita tak akan kemana2...hidup ini sementara, manfaatkan masa kita didunia ini dengan niat untuk mendapat hasil yang boleh dituai diakhirat nanti!


IF U BELIEVE, YOUR MIND WILL CREATE WAYS TO DO IT~David J Schwartz~





Thursday, November 10, 2011

Bil Celcom yang melambung tinggi!

Assalamualaikum wbt,

Hari ini kami ber'kunjung' ke celcom branch untuk mengetahui punca yang menyebabkan bill celcom postpaid telefon mencecah ke hampir RM 300. Yang pasti ia disebabkan penggunaan "3G data usages". So, kami (dgn husband) tanya lah pada orang celcom apa yang menyebabkan bil naik sampai 3 kali ganda sedangkan kami hanya guna Wifi yang sepatutnya freee!
Dengan senyuman dia menjawab.." hmm, kalau pakai hp android dia akan auto triggered celcom 3G tu instead of Wifi, kalau signal strength for 3G tu lebih kuat berbanding wifi yang free tu'....faham tak?( garu2 kepala sebb macam pening statement tu)
Maksudnya, kita sebenarnya tanpa sedar telah menggunakan 3G line di dalam kawasan WIFI yer! without our knowledge and without our concern.! patutkan sebegitu? sedangkan setting for data packet telahpun di untick.....huawaaaa!!!sedihnya...rasa kena tindas...bayar free2 ke celcom.

Kemusyikilanya disini....kenapa celcom tidak ada system yang memberitahu pengguna atau at least informed pengguna yang kita sedang gunakan line 3g so nak teruskan atau tidak? ini tidak...pengguna seolah ditindas dengan system celcom yang langsung tak beri pilihan untuk go for free wifi or 3G (walaupun waktu tu 3g strength lebih kuat banding wifi). Serius rasa seperti tertindas. Terasa macam hendak menulis ke tribunal pengguna dan claim dengan celcom...patutkah? kerana saya merasakan akan ramai lagi pengguna celcom yang terkejut dengan bil yang melambung tanpa sebab yang munasabah dan alasan yang sama diberikan.

Dihujung perbualan dengan pegawai celcom tersebut, saya bertanya "apakah penyelesaian untuk masalah ni?". Jawapannya....samada anda jgn pakai smartphone, beli plan internet celcom...ataupun jangan on wifi walaupun dimana anda berada!


p/s: Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku datang dari Allah!!...Ya Allah aku mohon padaMu supaya dijauhkan dari segala bentuk penindasan!! Amin..Ya Rabb! 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...